Salam Admin kalau kau publish cerita aku nie.Aku nak ucap terima kasih.Aku nak cerita aku ada seorang family angkat belah bapak aku.Dia nie kiranya pangkat macam pakcik aku jugak larh walaupun takde kaitan.Bapak aku dah membesar dengan keluarga wife dia sejak dari baby lagi.Family aku nie kucar-kacir atuk dengan nenek aku belah bapak aku dulu bergaduh lalu bercerai dan diorang pakat taknak bela bapak aku dan buat keputusan untuk bagi bapak aku kat orang lain.Kiranya diorang jer larh sedara yang aku ada dari belah bapak aku sendiri.Memandangkan kami takde rumah kami satu keluarga terpaksa menumpang rumah pusaka diorang.Dulu waktu aku kecik memang aku agak manja dengan pakcik angkat aku nie sebab dia anggap aku macam aku nie pangkat cucu larh kiranya sampai larh satu hari kisah dia pun bermula aku nie dari kecik memang kalau tidur bakal tidur dengan adik beradik tak kira jantina sebab tak cukup bilik dulu kami biasa tidur dalam kelambu sampaikan satu malam pakcik aku curi-curi masuk dalam kelambu sambil peluk-peluk aku.Bukan tu jer dia pernah cuba raba aku.Masa tu aku muda lagi terlalu muda sehingga larh aku tersedar bahawa segala perbuatan dia boleh menimbulkan fitnah.Aku tak cerita semua nie kat family aku sebab aku taknak malu dan aku fobia dengan dia sampai sekarang.
Setiap kali dia datang mendekat aku akan cuba jarakkan diri aku.Dia pernah seksa mental aku dengan bagi kata-kata yang tak sepatutnya untuk seorang perempuan.Aku rasa down sangat waktu tu.Aku nak menangis tapi takde orang yang faham pasal perasaan aku.Kalau aku cerita pasal dia pun takde orang pun yang bakal percaya sebab dia bekas penghulu yang disegani boleh dikatakan satu kampung kenal dengan dia.Dia bukan jer seksa mental aku tapi dia seksa jiwa aku setiap kali dia datang rumah dia akan bandingkan anak-anak dia yang berjaya masuk universiti dengan adik beradik aku.Tipu larh aku cakap aku tak sedih tak kesian tapi aku cuba tabah demi diorang cuba tak menangis depan mereka.Anak-anak pakcik aku okay cuma dia dan isterinya yang bermasalah.Bila berkata-kata diorang tak pernah nak cuba jaga hati mak dan bapak aku cakap pun sesuka hati diorang sahaja.Untuk pengetahuan korang kami sekeluarga menumpang dirumah pusaka arwah nenek ibu kepada makcik angkat aku nie.Pada mulanya mereka meminta keluarga aku menjaga rumah ini dengan tinggal didalamnya dengan alasan diorang bakal berhijrah kerumah anak-anaknya dibandar disebabkan itu aku pernah kena halau dan diungkit pasal rumah pusaka yang kami tinggal sekarang nie gara-gara aku terlambat aku ambikan pisau pemotong untuk pakcik aku dia terus menghina aku manusia yang tak sedar diri dan tak tahu nak berterima kasih.Waktu tu mak dengan ayah aku ada diorang hanya mampu melihat dan berdiam diri saat aku dihina kerana terlalu menghormati dan ingin menjaga hati dia.Sehingga larh sampai satu saat aku rasa hilang hormat pada dia.
Memang dia orang tua yang patut aku hormat tapi aku dah banyak sangat terluka disebabkan dia.Bila aku ternampak pasangan lain pegang-pegang tangan aku jadi fobia.Aku tak izinkan sesiapapun cuba pegang aku walaupun boyfriend aku sendiri sampaikan aku dianggap kuno dan tidak mengikuti arus permodenan sampaikan ada satu ketika aku selalu berharap dia pergi dari kehidupan aku untuk selamanya.Kadang-kadang aku rasa berdosa dan aku menganggap diri aku tidak tahu berterima kasih pada keluarga dia.Aku selalu harap dia berubah dan jadi lebih baik lagi walaupun harapan itu sangat tipis.Apepun yang terjadi aku akan tetap sayangkan keluarga pakcik kerana mereka dah banyak tolong keluarga aku.Sekian.
– Miss F.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment