Sunday, 10 December 2017

Scandalous

PengakuanKu

Aku ingin bercerita pengalaman aku didekati suami orang dan berkongsi pengajaran daripadanya. Bukan sekali, ini pengalaman ketiga aku dengan lelaki yang berbeza.

Sedikit latar belakang diri aku, seorang wanita berusia 20an yang sudah bekerja dan berperwatakan sederhana, tidak suka mencuri perhatian atau bising berceloteh, tetapi bukanlah juga pendiam orangnya. Bertudung. Aku masih belum berkahwin, obviously.

Pengalaman pertama aku didekati seseorang melalui Facebook, dia add aku sebagai kawan dan kami berhubung melalui Messenger. Orang akademik, berusia awal 40-an dan perbualan berkisar tentang minat yang sama kami kongsikan.

Perbualan berlanjutan sehingga jam 2, 3 pagi, beberapa kali, sehingga lah aku mendapat tahu dia sudah beristeri. Aku sangat tidak selesa dan berasa bersalah dengan si isteri lalu berhenti berhubung. Bagi aku, perbuatan itu sudah boleh membunuh kepercayaan walaupun perbualan kami ilmiah, dan sekadar sebagai kawan.

Tidak berapa lama kemudian, aku didekati lagi seorang lelaki yang aku hormati dan seorang yang terhormat dalam bidangnya. Aku tahu dia sudah berkeluarga dengan usianya lewat 40-an, tetapi aku agak gembira juga bila dia mahu berkawan.

Apa salahnya berkawan kan? Kami pernah juga keluar bersama dan aku mendapat tahu perkara ini dirahsiakan daripada isterinya. Wah, tidak jujur dengan isteri dan mahu aku percaya dia jujur dengan aku?

Terbaru, teman sepejabat berusia awal 30-an yang sudah ada anak dua pula mula menghubungi di luar waktu pejabat dan memberi aku hadiah, mengajak keluar menonton wayang dan sebagainya.

Tanpa perlu aku bertanya juga, dia bercerita punya masalah dengan isteri. Lebih menyedihkan, isterinya bukanlah kekasih yang diidamkan menurut dia, cinta lama tidak kesampaian, hanya menganggap isteri sebagai ibu kepada anak-anak sahaja.

Bukannya aku tidak tahu sebenarnya di luar sana begitu banyak skandal wanita muda dengan suami orang, sama ada ia berakhir dengan perkahwinan atau sekadar berfoya-foya.

Aku juga tidaklah begitu naif, aku tahu saja skandal ini biasanya akan melibatkan perhubungan seksual. Lelaki-lelaki yang mendekati aku pula tidak pernah menyebut tentang mahukan itu, setakat ini, dalam hati siapalah tahu.

Lalu apa yang mereka mahu dan mengapa aku boleh terlibat dengan perkara ni? Mungkin ada yang akan judge aku ‘melayan’, ‘suka perhatian’ dan sebagainya tetapi percayalah, situasi lebih rumit dan tidak semudah memberi judgement. Bak kata teman lelaki aku, ambil pengalaman ini sebagai pedoman.

Berdasarkan pemerhatian aku, mereka ini mahukan perhatian, kasih sayang dan mungkin sesuatu yang baru untuk menghilangkan kebosanan atau mungkin cuba lari dari rutin harian. Mereka sayang saja pada isteri, tetapi tidak merasa bersalah untuk mencari teman lain untuk berkongsi kisah dan kehidupan. Seolah-seolah sudah hilang kejujuran dalam rumahtangga.

Siapa aku untuk judge para isteri lelaki-lelaki ini, sedangkan mereka sebenarnya yang jahat mencari perempuan lain, bukan? Tetapi aku sebagai perempuan yang mahu juga berkahwin suatu hari nanti, perlu memikirkan dimana ruang untuk aku perbaiki sebagai isteri dan mengambil hati suami sendiri supaya rumahtangga bahagia, bukan dengan niat untuk elakkan suami curang ya.

Sebelum berkahwin, pastikan pasangan benar mencintai diri kita, bukan hanya sekadar mahu beristeri saja. Pastikan juga, kita boleh berkawan dengan pasangan bukan boleh bercinta saja dengan dia. Seorang ahli falsafah Jerman, Friedrich Nietzsche pernah berkata, “It is not a lack of love, but a lack of friendship that makes unhappy marriages”.

Apalah yang aku tahu sedangkan belum berkahwin, tetapi berlaku jujurlah dalam setiap perkara antara suami isteri, dan berkomunikasi sebaiknya. Jika akhirnya suami mahu curangi juga, apakan daya, kita sudah cuba menjadi pasangan yang terbaik dan tetap saja tidak mencukupi untuk dirinya.

– Fifi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.