Assalam semua. Diharap confession saya ini disiarkan. Dan andai disiarkan, saya nak pesan, tolong jangan jadi seperti saya. Bodoh dan tak pandai menilai. Terlalu menaruh harapan hingga sanggup membiarkan diri dipergunakan tanpa kisah pada harga diri.
Saya perempuan. Berumur 45 tahun dan berstatus ibu tunggal dengan 3 orang anak yg semakin meningkat remaja. Saya seorang setiausaha sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan kira-kira 5 tahun yang lalu. Alhamdulillah perniagaan saya semakin berkembang walaupun dalam keadaan ekonomi yg semakin teruk kebelakangan ini.
Apa yang saya nak ceritakan ini bukanlah berkenaan ekonomi . Ia berkaitan hubungan saya dengan seorang lelaki yang saya kenali sejak 10 tahun yang lalu. Cukup jika saya gelarkan dia sebagai A sahaja. Untuk pengetahuan , saya mengenali A melalui rakan saya P yg juga merupakan rakan serumah saya dan juga sepupu kepada isteri A. A dan isterinya menetap di London. Dari cerita p , A merupakan lelaki yg sangat malang dan kasihan. Isteri A lari mengikut lelaki lain dan meninggalkan A terkapai2 sendirian dlm kesunyian sebelum akhirnya bercerai. A khabarnya seorang yg anti sosial. Temannya hanyalah isteri dan dunianya hanyalah pejabat dan rumah. A seorang yg agak tampan dan berkerjaya. Saya selalu melihat rakan saya P mempermainkan A dengan menyamar menjadi seseorang dan menghantar msg2 romantik kepadanya which saya rasa sangat tidak patut dan kejam. Pada satu hari P telah pergi outstation ke Dubai dan tertinggal laptop peribadinya dirumah. P telah menghubungi saya dan meminta saya menolongnya membalas message-messange A di dlm im nya kerana dia telah terlupa pasword im nya. Dalam keadaan yang sangat-sangat tidak rela dan rasa serba salah, saya membalas juga messange A hingga akhirnya berlarutan ke telefon.( tanpa pengetahuan p) setelah agak selesa , saya mengambil langkah berterus terang tentang keadaan sebenar dan siapa diri saya yg hanya membantu kawan serumah saya menyamar bagi memastikan A menjalani kehidupan biasa selepas kehilangan isteri. A hampir tidak percaya dan menuduh saya sbg penipu. Saya rasa sgt sedih dengan keadaan A. Kalau la saya dapat menghalang tindakan p dari awal, mesti perkara seperti ini tidak yerjadi. A sangat tertekan dan memutuskan talia. Saya rasa kasihan namun lega. Saya berdoa semoga A tabah. Namun pada keesokannya, sayamendapat panggilan dr A dan bertanyakan kesahihan cerita itu. Suaranya kedengaran sayu dan saya tahu dia kecewa. Saya cuba memujuknya agat dia kuat dan tabah. A meminta saya menemaninya. Memintauntuk terus bercakap dengannya. Saya akur atas dasar kasihan namun Dipendekkan cerita , akhirnya A menjadi kekasih saya selepas menyedari bahawa kami saling memerlukan dan saling menyayangi! ( kononnya)
Hubungan jarak jauh kami berterusan dari tahun ke tahun. Telefon dan yahoo messenger menjadi penghubung sebelum beralih ke wassap( aps terbaru.. hehehe)
Saya menyedari saya sangat menyayanginya dari hari ke hari. Masa saya banyak terbuang bercakap ditelefon hinggakan mengganggu masa bersama anak-anak saya. Bayangkan celik jer mata dia call kejutkan saya pukul 6 pagi untuk bersiap ketempat kerja. Usai mandi dan solat dia call balik untuk sambung bercakap dgn saya hingga dia masuk tidur dan saya start bekerja. Pukul 6 petang dia call lagi nak btau saya dia dah bangun dan bersiap ketempat kerja.. dan kami akan bercakap lagi hingga la dia sampai ke ofis dan ready untuk memulakan kerja iaitu lebih kurang pukul 7.30 mlm waktu malaysia. Begitulah rutin saya 24/7 selama 10 tahun. Jadi secara logiknya waktu bilanya saya dpt luang masa yg banyak untuk berborak dengan anak dan tengok kerja-kerja sekolah mereka? Namun Alhamdulillah , selagi nawaitu kita betul segala halangan atau masalah akan tetap ada penyelesaiannya. Waktu yg ada saya luangkan betul2 pada anak. Malam kami solat berjemaah bersama dan weekend saya lepak jenjalan, makan-makan dan tengok movie dengan mereka. Jadi mereka rasa tak terabai dan “redha” ( hahaha..) bila mommy mereka bussy berborak dengan uncle A di telefon.
Berbalik pada A, after few years spending time secara sia2 on the phone ( selepas dikutuk office mates) saya mula bertanya tentang matlamat hubungan kami. (Ikutkan A lansung tak membayangkan untuk menamatkan relationship ini kearah yg lebih kukuh. Apa yang biasa diucapkan adalah i luv u, i luv u berulangkali hingga saya merasakan ucapan itu tidak lagi bermakna dan ada nyawa yg boleh menggetarkan jiwa. Cewahhh… hahaha A Lansung tak pernah menyebut soal kawin melainkn cerita tntg hobinya, makanan dan politik tanahair. ) hinggalah pada satu hari ketika dia menghubungi saya lalu saya memberanikan diri untuk bertanyakan padanya tentang matlamat hubungan kami. Saya buang perasaan ego, malu dan jual mahal saya selama ni terhadap lelaki. Saya tanya, sampai bila kita nak macam ni. Berhubung jauh, bercakap, bercakap dan terus bercakap tanpa ada noktah. Saya tuntut komitment dia. Then dia cakap, tunggu. Tahun depan kita kawin. Itu janji dia waktu tu. Then saya kata ok. Tak pe saya sabar. Lagipun saya fikir ok juga sbb ada la masa untuk saya persiapkan diri dan anak saya untuk menerima imam baru dalam hidup kami…
Then… tahun berganti tahun. Janji tinggal janji. Bila saya tanya atau sebut soal kawin dia pasti melenting dan susah nak ajak berbincang. Dia tukar tajuk hingga saya rasa bosan. Kesudahan saya minta putus tapi dia tak nak. Dia suruh saya tunggu hingga dia balik ke tanahair. Dia pujukn cakap dia sayang saya bla bla bla.. saya cair dan bagi peluang lagi sampai la usia hubungan kami 9 tahun. Dalam usia 9 tahun tu sebenarnya kata putus tu dah beribu kali diucap tapi tak sampai 24 jam baik balik.. hahaha..
Nak dijadikan cerita, awal tahun ni berlaku rombakan dlm company tmpt dia bekerja. Dia ditukarkan ke department lain dan dicampak dr satu team ke team yg lain ( fyi, A berkeja dlm bidang professional yer) and last sekali dia dpt vss dr company. Maka tamat la pekerjaan dia kat situ.. A menganggur berberapa bulan tak de kerja sebelum decide nk balik ketanah air for good.
Reason? Nak kawin and settle down kat Malaysia.
Alhamdulillah…
Tapiii… kenapa hati saya tak rasa hepi ekkk… tetiba ada satu perasaan halus menyelinap masuk jauh disudut hati saya yg membuatkan saya rasa un-easy! Hanya Allah yg maha mengetahui sebab musababnya kann..
After few month, balik la A ke sini, tanah air dia yg tercinta. Sebulan berlalu.. A senyap . Tak buat apa. Maksud saya tak kerja or buat apa2 aktiviti melainkan leka dgn hobinya. Bulan ke 2 dia turun ke KL dan menumpang dirumah saya ( berdosanya saya rasa waktu ni, walaupun ada anak lelaki dah bujang dan walaupun saya bertudung n menutup aurat dlm rumah waktu tu saya tetap rasa dosa seolah bersekedudukan walau tak pernah bersentuhan dengannya)
Btw saya tanya apa plan dia? Apa dia nk buat for living. He said nak bukak bisnes f&b. Nk buat itu ini dan mcm2 lagi tapi masalahnya dia tak tau nak mula dr mana sebab dia memang x de experience atau knowledge dlm bisnes ni. Ok tak pe! Saya cuba b positif . Sebenarnya saya pun tak tahu! Tapi saya ni jenis yang memang tak pernah nak mengaku saya tak tahu. Saya akan buat dan cari maklumat sampai saya tahu. Saya cuba bantu dia tapi ofcouse la dia kena bnyk main peranan sbb ni bisness dia kann… first, saya bawa pergi mardi.. mardi advise bla bla bla.. Lepas bincang dengan pihak mardi, we decide balik buat sample. Kami beli barang utk buat sample produk pd mardi. Tup tup dia cakap nak balik kg nak tengok mak dia tak sihat. Ok fine! X pe saya buat sample sensorang. Bila Sample siap tapi tuan nyer tak muncul. Saya rasa sedikit kecewa tp tak pe.. saya cuba edarkan untuk testing. Saya bagi pd kawan2 dan customer yg saya agak rapat. Feedback positif. Saya heppy tapi mana tuannyer? Mana A? Stil kat kampung. Urusan mardi saya take over. Saya jumpa and bawa sample. Saya uruskn semua sendiri bagi pihak dia. Saya kelelahan. Mana nak uruskan bisnes saya yg memerlukan saya berjumpa client dan mana nak uruskan bisnes dia yang baru nak bernyawa sedangkan dia? Wallahuaalam… saya mula rasa lesu dan kepenatan. Kawan- kawan mula menegur penampilan saya yang nampak teruk dan wajah saya yg lesu dan nampak bertambah tua. Saya perlukan rehat. Tubuh saya tak mampu lagi menanggung beban kerja yg berat. Disebabkan keadaan saya yang selalu kurang sihat, saya mengambil keputusan untuk stop aktiviti bisnes A. Saya perlu fokus pada bisnes saya sebab ini adalah punca income keluarga saya dan yang lebih penting saya perlu sihat untuk memastikan saya dapat bekerja untuk menjalankan tanggungjawab saya pada anak dan kedua ibubapa saya.
A kembali muncul dan saya berlagak seperti biasa. As always rumah saya menjadi persinggahannya. Saya menantikan jika A akan memulakan kembali usahanya yg terbengkalai namun hampa. Seolah A mengharap saya yg memulakan semuanya manakala saya mengharap sebaliknya. Saya hanya diam dan membiarkan A dengan hidupnya. Rutin saya dirumah dan pejabat saya laksanakan spt biasa. Masa terus berlalu hingga kini telah masuk bulan ke 6 A di sini. Projeknya masih tidak bergerak kerana menantikan saya untuk menggerakkannya. Dalam waktu itu, kedua ibubapa saya telah mula bising dan mempersoalkan tentang perkahwinan. Bila lagi? Sampai bila? Nak tunggu berapa tahun lagi? Dan saya, paling sdih kerana dia masih menumpang dirumah saya apabila turun ke KL. Saya dalam keadaan seba salah. Demi Allah, sehingga kini kami tidak pernah melakukan perkara terlarang waima bersentuhan sekalipun. Kami sangat menjaga batas2 pergaulan kami hingga pernah terdetik adakahdia gay? Atau dia semenangnya tidak memiliki nafsu? Saya suka bila dia ada depan mata saya kerana saya rasa selamat.. tetapi hati saya selalu mempersoalkan untuk apa rasa selamat itu jika di akhirat kelak saya dicampak kedalam neraka Jahanam??? Hati saya tak tenteram. Tidur saya tak lena kerana takut dicekup pencegah maksiat. Di sebabkan itu, Akhirnya saya buka mulut. Saya cakap saya nak kawin. Saya tak nak berdosa macam ni. Saya nak tuntut janji dia waktu di berhentikan kerja duli yg kononnya nak. balik kawin dan bagi jadi. Walaupun tak buat apa-apa tapi hukum tetap haram. Jika dia sayang saya tolong lindungi saya dari siksaan api neraka. Jika tak ada rasa cinta dia pada saya, halalkanlah saya atas tiket kawan dan layanlah saya sebagai kawan peneman sepi seperti dulu. Tak perlu nafkahi saya zahir dan batin tapi cukup la sekadar menjadi mahram saya untuk saya mengerjakan umrah atau haji kerana saya tak layak pergi untuk sujud taubat ditanah suci itu tanpa mahram saya. Sampai macamtu sekali saya minta dan dia masih berdalih. Dia nak kawin tapi tunggu la dapat kerja, sebab dia tak de kerja. Nak buat bisnes , saya tak nak tolong buat bagi jadi. Kalau saya tolong dia buat bisnes tu sampai jadi, boleh la dia kawin dengan saya sebab dia dah ada kerja dan boleh bertanggungjawab pada saya.
Masyaallah… saya rasa sangat malu. Saya rasa sangat kesal kerana menjadi terlalu bodoh dan buta pada cinta. selama ini saya ingat dia ikhlas sayangkan saya. Ikhlas ingin mengambil saya sebagai teman halalnya.. Saya dipergunakan selama 10 tahun dengan janji kosong dan angan-angan indah. Saya diberi syarat untuk naikkan bisnes dia jika saya mahu berkahwin dengannya? Apakah saya yg tersalah anggap atau memang itulah kenyataannya? Jika saya tak tolong realisasikan impiannya untuk bisnes itu? Maka selagi itu saya tak boleh berkahwin dengannya? Sekali lagi saya mengalah. Ok apa yg dia nak saya buat? Bantu yang bagaimana dia perlukan? Saya bagi lagi peluang, Then dia cakap dia perlu equipment dan premis untuk buat bisnes ni. Dia minta saya cari dan buat. Ok boleh. Saya tanya berapa modal yang dia ada? Saya akan buat ikut bujet yang dia ada tapi urusan marketing dia kena buat. Dia cakap tak de modal. What the???? Patutla minta saya jalankan. Sebab modal tak de! Saya tanya kalu modal takde nak buat bisnes apanye? Awak nak saya guna duit saya ke untuk modal bisnes awak? Kenapa nak guna duit saya sedangkan bisnes tu bisnes awak? Dan yang paling penting siapa awak untuk saya laburkan duit saya dalam bisnes tu? awak bukan suami saya untuk saya bantu keluarkan modal?
Ya Allah…. dia ingat saya bodoh sangat ke? Mungkin jika awak suami saya, saya akan tolong bisnes awak tu.. tapi malangnya wak bukan. Dan awak memberi berbagai-bagai alasan untuk berkahwin dengan saya walaupun free!
Tersedar dengan hakikat itu, saya minta hubungan ini ditamatkan secara baik. Walau hati terluka dan saya tua kerana menunggu, tapi saya tidak menyesal. Sesungguhnya saya sangat-sangat sayang pada dia. Tidak pernah walau sehari saya mendoakan kesejahteraan dia dan Allah temukan jodoh kami. Walaupun dia tidak bersetuju namun saya nekad. Biarlah saya sengsara sementara didunia ini asalkan saya tidak tersiksa dineraka Allah. Pada teman-teman diluar sana yang bergelar janda. Bertabahlah dalam mencari kebahagiaan dunia. Jika anda temui lelaki sebegini, tinggalkan sebelum segalanya terlewat atau lebih tepatnya sebelum usia tua menjengah. Jika dah jadi macam saya, lebih baik jaga diri sendiri dari mencari beban menjaga suami yang sakit dilewat usia nanti. Bak kata kawan saya, kawin diusia lewat umpama tak de beban batu digalas. Elok-elok bole travel n lepak masjid dengan anak-anak atau kawan-kawan, terpaksa menjaga suami yg baru dinikahi yg sakit terbongkang kat rumah…
Apapun Perancangan Allah itu sangat cantik. Yang baik itu dari Allah dan yg jahat itu dari kita.
Mummy
– Mummy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment