Assalamualaikum semua. Pertama sekali, aku nk ucap terima kasih kepada admin and aku sangat berharap confession aku ni disiarkan. Jasa admin akan aku kenang sampai akhir hayat aku.
Biar aku perkenalkan diri aku. Aku Nur(bukan nama sebenar), 19 tahun, graduan asasi di salah satu universiti awam di Malaysia ni dan akan melanjutkan pelajaran sarjana muda awal bulan Februari nanti, InsyaAllah.
Cerita aku begini. Aku di asasi ambil kos bahasa Inggeris dan bercita -cita menyambung pelajaran dalam bidang perguruan yang mana memang kos kami kebiasaannya dibenarkan dan majoriti akan menyambung dalam perguruan, kebiasaannya TESL. Jadi aku, pilih masuk ke universiti X ni setelah aku buat research pasal kos aku tu yang mengatakan kos yang aku ambil di asasi dapat sambung TESL.
Tapi masa final sem, sistem universiti X berubah menyebabkan kos aku sahaja tidak dibernarkan untuk sambung ke TESL. Sumpah aku sedih gila sebab ni cita-cita aku.
Jadi, masa aku cuti sem, aku ulang alik daripada kampung aku ke universiti X dengan menaiki bas yang tempoh perjalanan lebih kurang 8 jam berseorangan. Aku hantar surat rayuan sendiri di pejabat pentadbiran . But, to no avail. Masa ni aku nekad la naik turun bas sorang-sorang. Mak ayah aku pon risau gak la anak perempuan dia naik bas sorang-sorang.
Aku macam orang gila pergi kampus asasi aku pastu dorang cakap aku kena pergi main campus. Bila pergi main campus pon dorang tak boleh tolong jugak. Aku pergi ke fakulti pendidikan, aku cakap la masalah aku tapi dorang pon tak boleh tolong. Staff fakulti pendidikan tu cakap la yang result aku memang sangat layak untuk aku ambil TESL sebab aku punya English test dapat band 7(dorang nak band 6 je) and CGPA aku atas 3.0++.
Pastu aku pergi ke pejabat pentadbiran lagi sekali, staff kat situ nampak kesian dekat aku kot sebab aku nampak penat ( staff tu tak tau aku naik bas 8 jam nak sampai ke kl) so staff tu cakap kat aku,
“sem lepas ada jugak student macam awak. Asasi kos bahasa inggeris, degree nak sambung TESL. Student tu mintak surat sokongan kementerian pelajaran tinggi untuk tukar kos dan dia directly dapat tukar kos. Kalau awak betul-betul nak TESL, cuba la mintak surat sokongan kptm, tu je satu-satunya cara untuk awak dapat kos yang awak nak”
Aku dah buat semua benda, dah pergi ke pejabat sendiri, hantar surat rayuan, email kepada dekan, pengarah dan dah call KPTM. Tapi mana la orang nak pandang aku, budak umur 19 ni dan aku bukan lah siapa-siapa pon. Bukan anak Dato’ apetah lagi anak Tan Sri.
Aku rasa hampa sangat sebab aku daripada keluarga biasa-biasa je mana la nak kenal orang KPTM. Tapi aku usaha jugak, semua orang dalam contact list aku, aku mesej tanya ada kenal ke orang KPTM. Sekali lagi, aku hampa buat kali yang dah tak terbilang
Aku cuma mahu menjadi seorang guru Bahasa Inggeris. Aku mahu mengajar. Aku suka bila orang paham apa yang aku ajar, aku rasa puas. Aku gembira.
Aku cuma mahu menjadi seorang guru Bahasa Inggeris. Besar sangatkah cita-cita aku?
Aku cuma mahu menjadi seorang guru Bahasa Inggeris. Salahkah aku?
Aku cuma mahu menjadi guru. Cukup. Itu sahaja.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment