Assalamualaikum warahmatullah.
Pertama sekali nak ucap terima kasih pada admin kerana sudi siarkan coretan ni.
Saja nak buat perkongsian rasa dalam tempoh menanti kehadiran zuriat yg paling ditunggu2 oleh kami suami isteri sekarang. Haa nak tau apa yg kami dan pasangan yg belum direzekikan dapat anak lalui ? Jom baca di bawah!
1) Menanti kedatangan hari haid
Sebulan dua belum ada berita hamil, hati mula risau apatah lagi bagi pihak isteri. Bermulalah episod kami isteri2 ni menanti hari haid. Kenapa? Sebab bila haid terlewat sehari je, mula lah berdebar2 hati tak tentu arah. Hamil kah aku ? Nak cek ke nak tunggu dulu. Lagi2 pulak kalau jenis yg haid tetap, tiba2 bulan tu lewat seminggu. Pehh dia punya bagi harapan tu tinggiiii lepas tu bammm jatuh. sakit tau sakitt. Hahahha
2) Hormon berubah
Rasanya part ni ramai para isteri lalui. Sebulan dua lepas kahwin hormon mula berubah2. Yg dulu haid tetap, jadi lewat sebulan dua. Sistem tengah kacau kot huhuhu. Ni pun boleh memainkan perasaan tau sebab tau jelah bila lewat haid ni macam2 spekulasi boleh buat. Ngee
Sebenarnya dalam tempoh penantian ni, suami2 pun sama2 lah main peranan ye jaga hati isteri. Jangan sampai hati isteri terluka, ataupun stress. Sebab perempuan ni bila sedih, automatik hormon dia akan berubah2. Bila hormon berubah ni macam2 boleh jadi. Boleh sampai jadi penyakit ye nauzubillah. Take note. Pengalaman aku, bestfrend mengandung anak ke4 setelah 3 tahun cuba hamil semula. Tak tau kenapa sebak sangat hati ni sampai malam tu jam 2-3 pagi tenggelam dalam tangisan sedalam2nya. Sampai sakit dada. Astaghfirullah. Hati2 wahai perempuan, takut jadi penyakit ‘Ain pulak nauzubillah. Tup2 bulan tu lewat sampai 2 bulan, sekali pergi scan doktor kata ada cyst besarnya 4cm (kira besar ni), kalau lepas 2-3 bulan cyst tu makin membesar kemungkinan kena operate. Doktor kata cyst ni boleh membesar dan boleh mengecut semula bergantung pada hormon. Doktor kata lagi mungkin sebab stress, sebabnya kalau ikut kitaran haid sebelum2nya normal je. Terus teringat yg pasal menangis tu, istighfar banyak. Lepas tu mula sibukkan diri dgn hal lain sampai hati tenang semula. Lepas 2 bulan gi cek, alhamdulillah dah tak jumpa cyst tu lagi means dah mengecut dan hilang sendiri. Jadi hati2 ya. Kawal perasaan dan hati. Jangan terlalu ikutkan sangat emosi. Bak kata org tua, ikut hati mati.
3) Hati tisu
Tahun pertama dan kedua, tak dinafikan hati macam tisu beb. Tisu pun lagi keras. Huhuhu punyalah sensitif hati ni. Suami pun sama. Tak kiralah badan nko sado berketul2 ke berketak2 macam logo tayar Mechelin ke, sebut je pasal anak mengalir air mata. Terkenang soal anak, sebaknya dada. Dengar berita orang tu hamil, orang tu beranak, orang tu kawin baru sebulan dah hamil, dapat pulak jemputan ke majlis akikah cukur jambul, lagi2 kalau orang2 tersebut ialah keluarga kita. Pulak tu selalu terjumpa dengan baby2 comel, banyak keletah. Pehh rasa nak lari jauh2 bawa hati yg sedih. Bukan kita tak suka dengar berita orang tu dapat anak, dah rezeki memasing kan. Cuma sebak sikit je sebab rezeki kita belum sampai. Janganlah salah faham pula dgn kami tau, dok ingat kami tak suka hampa dapat anak ka apa ka. Dak dakk aih. Bukan legutu. Kami cuma menangisi takdir kami sendiri ja. Heheh pasaipa loghat utagha plak ni. #bukanorangutara
Tapi masuk tahun seterusnya, hati mula redha dengan ketentuan ilahi. Setiap apa yg Allah tetapkan itulah yg terbaik bagi kita. Sepertimana dalam firman Allah yg lebih kurang maksudnya berbunyi,
“Boleh jadi apa yg kalian benci, itulah yg terbaik bagi kalian. Dan boleh jadi apa yg kalian cintai, sedangkan itulah yg terburuk bagi kalian.”
Mungkin antara sebab2 Allah bagi rezeki anak lambat, ekonomi kita belum kukuh, mungkin kita ada tanggungjawab lebih besar yg perlu dipikul, mungkin kita rasa kita dah bersedia untuk jadi ibubapa tapi hakikatnya Allah tahu kita belum mampu jadi ibubapa yg baik dalam menggalas amanah yg besar ni. Maha hebat percaturan Allah untuk hamba2Nya.
4) Rawatan kesuburan
Rasanya ramai pasangan yg akan mula buat rawatan kesuburan bila menjangkau usia 6bulan – setahun perkahwinan termasuklah kami suami isteri. Sangatlah disyorkan untuk buat rawatan ni untuk dua2 suami isteri ye. Sebab ramai suami yg taknak buat rawatan ni tak tau lah pasal ego malu ke apa. Apa korang ingat perempuan je ada masalah kesuburan ? Lelaki pun ada tau. Ada yg sperma tak kuat, tak boleh bertahan lama dalam rahim. Kuantiti banyak tapi takde kualiti. Dan baaanyak lagilah. Untuk isteri pula, kadang2 rahim cantik, telur pula tak matang. Telur banyak tapi saiz pula kecik2. Masalah senggugut dan sebagainya, pokok pangkalnya pergilah jumpa doktor. Buang jauh2 rasa malu, bukan korang jumpa doktor depan ramai orang pun. Lagi2 kalau korang pergi klinik rawatan kesuburan, korang akan jumpa ramai orang yg sama masalah macam korang. Jadi ketahuilah bahawasanya kita tidak bersendirian. Ramai je yg punya nasib dan takdir seperti kita. Cuma kita je tak nampak. Maka berhentilah mengeluh.
5) Pregnancy Test Kit/Kit Ujian Kehamilan
Bagi yg tak tau apa bendanya ni, meh nak bagitahu korang. Benda ni macam2 bentuk, ada kecik besar, jenis strip sahaja atau dalam bekas, ada yg mahal satu je sampai harga rm40++, ada yg murah rm11 boleh dapat 21 strip (aku pernah beli kat 11street). Benda ni ialah untuk cek samada korang hamil ke tidak. Senang je gunanya, celup atau titiskan urin kat tempat yg ditunjukkan dalam arahan. Kalau hamil timbul 2 garisan, kalau tak hamil timbul 1 garisan je. Boleh mula cuba dari hari kedua ketiga korang lewat haid (kalau hcg tinggi boleh nampak awal). Ada yg 2 bulan hamil baru naik 2 garisan. Bergantung pada badan masing2 lah ye.
Ok untuk pengetahuan korang, benda ni setiap bulan mesti kami geng2 ttc (try to conceive) ni akan beli dan standby. Beli sorok2 dari suami. Kot kalau mengandung boleh buat suprise untuk suami tercinta gitteww. Nah sayang hadiah termahal i pernah bagi kat u. Ceewahh. Hahaha. Aku pernah rasainya sekali, menangis2 kami berdua. Tapi sayang kandungan tak bertahan lama. Allah nak bagi dia sambut kami kat syurga. Aminnn.
Ok balik semula cerita asal. Bila haid lewat je sehari mesti test. Selagi tak datang haid selagi tulah aku test. Pernah sekali lewat seminggu haid, hari2 aku test. 7 hari = 7 strip. Kahkah. Nasib baik yg murah punya. Lama2 rasa best pulak buat ujikaji kat urin sendiri kahkah. Lepas tu sampai juling2 mata tengok kat garisan kedua tu sambil berharap tolonglahhh timbul tolonglahh. Hahahaha kadang2 tu terperasan sendiri, eh macam ada 2 garisan lah. Eh kejap ada kejap hilang. Kalau ada yg jadi macam tu, tolonglah terima hakikat yg korang nampak tu cuma garisan yg ditimbulkan oleh harapan korang je. Hehehe. Boleh habis masa setengah jam belek kat bende tu je tau. Frust jangan cakap la kalau tak lekat jugak bulan tu. Huhu terpaksa tunggu habis haid untuk mula balik percubaan hehe. Aku dah rasa hokey, aku tau la. So lama2 malas nak beli dah (ok tipu padahal setiap bulan wajib standby satu) so kalau korang dah test sekali 1 garisan je, switch on mood berjaga2 dan tunggu dalam seminggu boleh pergi klinik yg ada scan ya. Jangan takut nak pergi scan. Scan awal2 kehamilan lagi bagus untuk cepat doktor tahu kalau ada sebarang komplikasi ke masalah ke. So kandungan boleh diselamatkan kalau detect awal2 kan. Selalu jugak jumpa soalan kat page Info Ibu Hamil tu post gambar pregnancy test tu lepas tu tanya, adakah sy mengandung? Itu ok lagi, ada jugak yg soalannya berbunyi,
“Saya lewat seminggu haid, adakah saya hamil?” Ok yg ni kelakar. Ada yg komen suruh post urinnya biar diorang tolong cekkan. Kahkah. Ok tak baik gelak. Kesimpulannya pergilah jumpa doktor ya. Tak rugi pun. Dan rajin2lah cari info di internet, fb, bertanya2 pada yg berpengalaman sebagai rujukan di masa hadapan.
6) Berdua lebih baik
Eh tajuk lagu pulak dah. Ok yg ni sebenarnya nak cerita, bila belum ada anak ni memang kemana2 berdua lah ye macam pasangan hangat bercinta gitteww. Kadang2 org yg dah ada anak pulak kata diorang jeles dgn kita sebab diorang gi mana2 haruslah angkut anak sekali, ye dak? Memanglah orang yg belum ada anak ni, setiap hari honeymoon. Gi mana2 pun ringkas berdua je. Tak kalut nak siapkan anak, nak siapkan suami lagi. Gi mana2 dah macam belangkas. Berkepit je. Hehehe yg ni best jugak tak dinafikan. Apa2 pun alhamdulillah syukur atas semua nikmat tuhan.
7) Nak tulis lagi tapi panjang sangat pulak kang korang boring. So silalah tambah sendiri ye di ruangan komen. Jangan serius sangat kita santai2 sudah. Lepas ni kalau jumpa orang yg belum ada anak tu, rajin2kanlah doa utk diorang lepas korang soal “dah ada belum” tu ya. Sekurang2nya terubat semula hati dia lepas korang lukakan dgn soalan tu. Hehehe
Akhir kalam, mohon doakan kami suami isteri ya, bulan 1 ni inshaAllah genap 5 tahun perkahwinan kami. Moga dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Allah keatas kami, agar hubungan kami lebih rapat dan bahagia berlandaskan agama, kekal bersama di dunia dan akhirat. Moga direzekikan zuriat yg sihat soleh solehah dan bertakwa untuk kami dan semua pasangan yg belum dikurniakan cahayamata. Ameen ya Allah.
Sekian, terima kasih.
– Seorang isteri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment