Kelmarin terkejut dengan berita suicide Kim Jonghyun (SHINee). Tak pernah terjangka terjadi pada SHINee kot. Imej SHINee adalah imej yang happy, ceria and bubbly la kot gitu. Bila baca final letter Jonghyun yang memang dah plan untuk suicide dari awal… Bertambah terkejut bila punca semua sebab depression (tekanan). Setiap word dalam letter dia, memang nampak betapa depress-nya dan dia cuba fight. Betapa berat dia cuba nak fight and… gugur juga air mata ni saat membaca. Terasa diri sendiri ditempat dia.
Let me share something about depression. Untuk pertama kali, aku dengan rela (open) untuk berkongsi cerita tentang perkara ini. Berjuta kali fikir tapi mungkin ini yang terbaik. Aku share bukan nak perhatian tapi nak share betapa ‘berat’nya depression tu. Abaikan kalau ada bahasa campuran atau bahasa yang tak kena.
Sejujurnya, aku bukan hanya sedih sebab Jonghyun ni Kpop artist or bias dalam group or whatsoever tapi aku sedih sebab aku dapat rasa how hard is depression yang dilalui. Trust me! I’ve fallen into depression few times and it’s hard to get yourself back. Dapat pula syaitan masa depression bermaharajalela menghasut, memang takkan jumpa jalan keluar dari depression tu. Orang akan nampak depression tu perkara yang normal or tak penting tapi… kesannya sangat kuat.
Even though many people seem happy or they portray happiness, there may be an internal struggle NO one knows about. A few back time ago, depression aku sampai tahap aku perlukan bantuan dari yang pakar. Only orang terdekat sahaja yang tahu tentang ini and ada la entah dari mana few people tahu and dorang start tunding jari, “Gila ke?” “Buat apa jumpa pakar kaunseling?” “Orang gila je pergi kaunseling.” Ramai sangat yang takut dilabel gila but… Trust me! Everyone… atleast once… Go and meet the counselor. Then you will know.
Ada sebab kenapa pakar kaunseling, mental tu semua wujud. Mereka wujud untuk bantu orang macam aku yang tak reti nak control emosi atau depression. Tak semestinya orang gila je jumpa pakar macam tu. Kadang-kadang kita perlukan bantuan bila kita tak jumpa ‘jalan’. Sebelum jumpa pakar, aku pernah cuba untuk minta ‘tolong’ dari orang sekeliling tapi no one notice. Bila aku try reached them… Mereka mocked. Sampai ketahap aku rasa, “I’m no longer needed in this world.”
Setiap hari aku rasa apa yang aku buat. Setiap langkah aku rasa sangat berat. Setiap nafas aku rasa sangat sesak. Setiap pandangan aku rasa kosong. Setiap kata-kata aku rasa sangat bodoh. Tapi… Alhamdullilah! Allah S.W.T sayang aku. Dia tunjukkan aku ‘jalan’.
Bila ditanya, “Apa yang tekanan sangat?” At that time, aku sendiri tak ada jawapan. Seriously, depression ini tak ada jawapan kepada persoalan kenapa atau bagaimana. Depression datang tanpa sebab. Kau cuba hindar tapi pelbagai andaian muncul. Pernah ada yang cakap, “Orang pegang agama… Takkan rasa macam ni.” “Kahwin je… Atleast ada orang bersama waktu susah senang.” Cakap senang… Seronok jadi mereka yang boleh cakap tanpa rasa apa-apa.
Aku keluar masuk hospital beberapa kali dulu… Doktor just letak aku as sakit biasa (Thanks Doktor sebab memahami) sebab tak nak pandangan orang and at the same time, aku berjumpa pakar untuk kembali pada diri sendiri. Aku jumpa… aku jumpa something yang ubah depression kepada something else. Thanks for those yang stay with me till the end masa tengah fight depression walaupun banyak gangguan lain. Being alone bukan jawapan kepada depression. Never… Ever… Tinggalkan orang yang dalam depression sebab kita tak sure apa yang dalam fikiran dia.
In my case, my body react negatively bila depression. Aku makan tapi start throw up. Muntah semua makanan. Aku start duduk termenung dan tengok cerita funny pun boleh menangis. Aku start jadi sangat penat dan fikiran aku mula melayang. Tanpa sedar malam aku tidur dalam keadaan menangis, walaupun siang aku boleh gelak ketawa macam biasa. Nampak normal but deep inside… its start killing me softly. Depression is something you shouldn’t play with… Depression are really hard… hurt you deep inside. But now… I’m ok! Because I know how to handle my depression… InsyaAllah! Doa untuk semua orang supaya kuat melawan depression. Amiin!
If one of you yang rasa diri tu tertekan or need someone to talk, find someone yang willing to share. Jangan sesekali pandang rendah pada depression. Luangkan masa sesekali untuk diri sendiri and reach out other people. InsyaAllah. You’ll be fine. If not, seek for help. Jumpa yang pakar atau yang paling terdekat Befriender. Mereka 24/7 emotional support. And to all… Kalau ada kengkawan yang dalam keadaan tertekan atau suspect tekanan and minta ‘tolong’, please jangan ignore mereka. Mereka dalam ‘lorong gelap’ yang perlukan ‘cahaya’. Stay with them… Give the support. Atleast… be a good listener. Don’t condemn. Small actions, Big impact.
– Alyhsa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment