Tuesday, 19 December 2017

Adnan

PengakuanKu

Assalamualaikum, terima kasih kepada admin jika kisah ini disiarkan. Pertama sekali, aku perkenalkan diri, aku: perempuan dan bekerja dalam sektor awam. Aku ingin cerita mengenai perkenalan aku dengan seorang jejaka, namanya Adnan (semestinya bukan nama sebenar)hahahaha (gelak jahat). Baiklah, berbalik kepada cerita aku, Adnan merupakan kawan kepada kawan aku. Perkenalan yang biasa, namun meninggalkan pengajaran untuk aku. Adnan bekerja sebagai jurutera dalam sektor swasta. Memandangkan kami bekerja di negeri yang sama ketika itu, jadi kami kerap berhubung dan meluangkan masa lapang bersama. Kami banyak berkongsi pendapat, pandangan dan sedikit kisah hidup masing-masing. Oleh kerana, minat aku terhadap ilmu pelaburan dan hartanah agak tinggi, jadi banyak perkongsian yang aku buat bersama Adnan, ilmu-ilmu pelaburan dan cara simpanan yang betul untuk dapatkan pulangan yang lumayan, walaupun dia kelihatan tidak berminat…hahaha

Suatu hari, Adnin menyatakan hasratnya ingin membeli rumah untuk dijadikan pelaburan (disewakan). Namun, dia perlu buat pinjaman bank sebagai modal untuk beli rumah. Banyak usaha yang dibuat, antaranya minta aku cari rumah kos rendah, temankan dia pergi kaunter untuk buat pinjaman dan pergi tengok rumah yang dia hendak beli. Antara bank yang kami pergi ialah RHB tapi pinjamannya tak diluluskan dan perlu tunggu selama enam bulan. Aku tak pasti apa alasan dia untuk buat loan dengan RHB, mungkin kadar yang lebih rendah berbanding bank lain memandang dia bekerja dalam sektor swasta. Seminggu kemudian, dia hantar info rumah yang hendak dibeli dan tanya sama ada aku berminat untuk membeli rumah tersebut. Pada masa yang sama, dia mengajak aku membuat loan dan membeli rumah untuk dijadikan pelaburan bersama. Alasannya aku bekerja dalam sektor awam dan kadar pinjaman yang dikenakan agak rendah. Waktu ni, aku gelak jer…sebab aku pun hidup menyewa dan memang tidak logik untuk aku beli rumah, letak dua nama dan bagi sewa kepada orang lain. Lainlah kalau dia, tempat tinggal company sediakan dan tak perlu pikir nak bayar sewa rumah bulan-bulan.

Untuk pengetahuan pembaca, aku dan Adnan tidak bercinta. Kami hanya berkawan dan sama-sama hidup merantau. Lagipun, Adnan masih belum move on dengan kekasih lamanya, walaupun dia bagitahu dia dah lama move on. Buktinya masa ex-dia bertunang baru-baru ini, dia ada hantar gambar dan bagitahu yang hati dia sakit bila tengok ex-nya bertunang dengan orang lain. Dan Adnan juga bagitahu yang dia takkan kacau tunang orang. Bila dia cakap macam tu, aku anggap dia jenis yang hormat status orang termasuk dirinya. Kenapa aku cakap termasuk dirinya? Pada ketika ini, aku tak tahu yang dia pun bakal berkahwin dengan orang lain. Sumpah aku tak tahu. Kalau aku tahu awal-awal, aku takkan berhubung dan takkan keluar dengan dia. Adnan pun tak pernah tunjuk yang dia rapat dengan mana-mana perempuan. Namun, kesangsian mula timbul bila aku ternampak status dia di sebuah group facebook, dalam status tersebut dia menanyakan ahli group di mana letaknya rumah ketua kampung kawasan dia, katanya kawan dia perlukan surat pengesahan maustatin untuk berkahwin. Masa ni terlintas di pikiran aku kenapa dia yang perlu dapatkan maklumat, kenapa bukan kawannya sendiri. Beberapa hari lepas tu, dia ada bagitahu yang dia akan ke KL untuk hadiri majlis kahwin kawan sekuliahnya. Aku hanya iyekan dan temankan dia beli tiket bas untuk ke KL.

Selepas dia pulang dari KL, kami berhubung seperti biasa sehinggalah suatu hari. Kami keluar bersama, naik kereta aku dan kereta dia ditinggalkan di kawasan rumah aku. Ok, waktu ni aku tinggal di kawasan flat yang agak sesak dan tak cukup parking. Lepas keluar bersama, kami pulang dan ketika ini kereta dia kena block dengan kereta lain. Jadi, aku terpaksa pinjamkan kereta aku dahulu untuk dia pulang. Esoknya, dia kembali untuk ambil kereta dan ketika aku masuk ke dalam kereta aku, aku dapati ada brosur pinjaman Bank Islam. Hal ini aku diamkan, aku pikir mungkin dia buat loan untuk beli rumah tanpa bagitahu aku. Mungkin. Beberapa hari kemudian, dia whatsapp bagitahu aku yang dia kena pindah ke KL atas tuntutan kerja. Kami berjumpa semula untuk pertemuan terakhir sebagai kawan, dan aku sempat tanyakan mengenai rumah yang hendak dibeli, jawapan yang dia bagi “macam pegawai bank cakap haritu, perlu tunggu enam bulan”. Kat sini timbul lagi keraguan, bukankah dia baru je buat pinjaman bank tapi kenapa bagi jawapan macam tu. Tapi aku diamkan sebab malas nak ambil tahu. Lagipun masa ni, aku nak pulang bercuti kat kampung, dia pun dah nak pindah, jadi dah tak ada apa yang perlu aku tahu.

Ketika berada di kampung ni lah, aku dapat berita yang dia berkahwin di Sungai Buloh, patutlah kena pindah ke KL, rupanya ikut bini kat sana. Jujur masa ni aku rasa terhina, rupanya selama ni aku keluar dengan bakal suami orang. Prinsip yang aku pegang selama ni iaitu tidak kacau hak orang hancur macam tu je. Yang lebih menyakitkan, bila orang yang selama ni selalu bagitahu yang dia jenis hormat hak orang, takkan kacau tunang atau bini orang rupanya dialah tunang orang yang keluar dengan perempuan lain. Aku pun dah dapatkan penjelasan Adnin atas perbuatan dia. Alasannya, dia perlukan kawan sebab sunyi dan dia tak couple pun dengan wife dia, cuma kawan sekelas masa belajar dulu. Tambah dia lagi, jodoh dia dengan wife dia pun tak tahu lagi macam mana. Aku pun tak tahu ada juga manusia macam ni, dah buat keputusan kahwin pun boleh cakap tak tahu lagi jodoh dia macamana. Btw, wife dia pun jurutera. Jurutera ni gaji mahal, bolehlah dia buat loan beli rumah dan tak perlu cuba ambik kesempatan atas penjawat awam macam aku yang gaji ciput je…hahaha. Lagi satu, loan yang dia buat sebenarnya bukan untuk beli rumah tapi untuk majlis kahwin.

– aishaatiqa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.