Pernah terfikir tak ibu yang kita sanjungi dan sayangi selama ni mengatakan kau seorang anak derhaka? Itulah yang terjadi pada diriku. Aku seorang anak perempuan bongsu. Ayah ku telah lama meninggal ketika aku baru habis SPM. Ketika aku masih memerlukan kasih seorang ayah yang boleh melindungiku dan menyayangiku, aku dengan rela hati menjaga ibuku tatkala kakak dan abang2 aku yang lain punyai kehidupan berkeluarga sendiri dan duduk jauh dari ibuku.
Setelah aku habis belajar, aku tinggalkan kerjaya ku di ibu kota dengan gaji yang agak besar (syarikat minyak dan gas). Aku tinggalkan kerana hati ku tidak senang memikirkan ibuku tinggal berseorangan di kampung. Di kampung aku hanya bekerja biasa2 di pasaraya. Kemudian aku berkahwin. Kerja kahwin aku, semua aku urus sendiri. Terkesan juga ketiadaan seorang ayah disisi. Ibuku? Tidak banyak membantu. Kemudian aku menjadi suri rumah sepenuh masa dan kini mempunyai 2 orang anak. Aku bernasib baik punyai suami yang sanggup tinggal bersama-sama ibuku. Aku sangkakan bahagia berpanjangan, tapi tidak. Mungkin inilah ujian paling besar dari Allah untukku.
Tahun yang paling akan aku ingati. Bila ibuku sendiri, yang sangat aku kasihi,hormati dan sanjungi, mengatakan aku seorang derhaka. Kata2 itu terungkap dari mulutnya kerana aku cuba menasihatinya agar tidak terlalu manjakan abang ku dengan selalu memberi wang kepada abangku yang selalu berhutang keliling pinggang. Kata2 aku adalah seperti ini “mak selalu manjakan die je.nak duit,bagi.nak duit,bagi.naik lemak la die.sebab tu selalu mintak duit je kerjanya.mak dah didik die macam tu sebab tu die tak serik”.
Lantas ibuku menitiskan air mata kerana kata2 ku itu. Anak mana tak sedih tengok ibu sendiri menangis. Aku pun segera meminta maaf atas ketelanjuran kata2 ku itu. Tapi ibuku dengan lantas mengatakan aku anak derhaka kerana membuat die menitiskan air mata. Aku tersentak. Kata2 maaf ku pada waktu itu, tidak diterima. Tapi perkataan aku anak derhaka terngiang2 di telinga.
Air mataku hanya mengalir di dalam hati. Salahkah apa yang aku katakan?? Aku hanya ingin membela nasib mu wahai ibu. Tetapi pengorbanan ku selama ini rupanya sia2. Rupa2nya langsung tidak dihargai. Lantas aku katakan kepada ibuku. Jika abang ku lebih dia sayangi, suruhlah dia pulang ke kampung temani ibuku. Biarlah aku, suamiku dan anak2ku keluar dari rumah ibuku.
Tapi tidak ku sangka, ibuku sebenarnya memilih kasih. Katanya, dia tidak akan sesekali menyuruh abang ku pulang. Dia ingin abang ku memilih jalan hidupnya sendiri. Dan ibuku mengatakan “nanti bila abang kau dah senang,jangan sesekali kau tumpang kesenangannya”. Ibuku menyuruh kau keluar jika aku ingin keluar dari rumah itu. Katanya takpe, Allah ada. Tapi aku, tidak sebagai anak, tidak sampai hati meninggalkan ibuku berseorangan.
Kini tahun berganti tahun, ibuku telah meminta maaf padaku, dan mengatakan dia memaafkan aku. Tetapi, jauh di sudut hati ku yang paling dalam, aku mengatakan aku tidak akan memaafkan ibuku. Walaupun aku mengatakan aku telah memaafkannya. Aku akan ingat sampai bila2 perkataan derhaka itu keluar dari mulutnya. Tidak akan pernah aku lupa. Aku amat terkesan dengan kejadian itu. Aku menjadi semakin renggang dengan ibuku. Walaupun masih tinggal sebumbung.
Orang lain tidak akan pernah faham apa yang aku rasakan. Tekanan yang aku rasakan. Aku cuba ikhlaskan hati untuk meminta maaf dan memaafkan ibuku. Tetapi semuanya bagiku negatif. Aku berasa amat tertekan. Dalam hatiku, aku selalu mengatakan yang diriku ahli neraka, kerana aku anak derhaka. Hatiku juga kadang2 terdetik, “buat apa buat baik,nanti masuk neraka juga”. Malah, kini, hari ini, aku masih mencuba memaafkan. Aku cuba positifkan diri.
Suamiku juga cuba usaha menjauhkan aku dengan ibuku dengan membawa ku tinggal dengan keluarganya tahun depan. Sebab kata orang, dekat2 busuk, jauh2 wangi. Aku tidak lagi peduli sekiranya ibuku tinggal berseorangan. Tanggungjawab ku kini aku tumpukan pada suami, anak2 dan ibu bapa mertuaku sahaja. Semoga Allah ampunkan dosaku dan dosa ibuku. Semoga Allah buka pintu hatiku.
– NSW
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment