Assalam admin iium
Mohon admin hide profile saya. Dah lama saya ingin berkongsi kisah hidup saya supaya pembaca2 dpt menjadikannya ikhtibar & pgajaran.
sampai sekarang saya masih lagi memikirkan adkah perjalanan hidup saya ini adlh UJIAN dr Allah atau ianya HUKUM KARMA.
Saya di kenali sbg Lina (bukan nama sbnr). Anak ke2 dr 4 beradik. Saya seorg jer perempuan dan yg lainnya semua lelaki. Sbg anak perempuan, saya sgt rapat dgn ayah berbanding ibu sejak saya kecil hingga dewasa. Perjalanan hidup saya ni adalah berkenaan dgn kehidupan ibu saya sendiri. Xder pun niat nak burukkan ibu yg lahirkan saya, saya bersyukur kerana saya bukannya lahir tiada ibu dan ayah. Cuma saya kongsikan cerita ini supaya pembaca2 diluar sana berlajarlah menghargai mertua2 anda diluar sana. Apabila anda berkahwin s/ada dgn isteri atau suami anda, keluarga mertua adalah keluarga anda juga. Ibu mertua adlah ibu anda juga. Ayah mertua adlah ayah anda juga.
Berbalik dgn kisah saya, sejak kecil lagi saya memang tidak pernah bersependpt dgn ibu…baik hal yg kecil mahu pun hal yg besar. Ibu andaikan saya anak yg plg degil dalam keluarga. Jika saya bergaduh dgn ibu (bukan berperang yer) hanya perang mulut shj, saya akan merajuk dgn ibu (waktu saya sekolah rendah). Bg saya ibu sentiasa salah dgn pendpatnya. Mlm sebelum tidur saya selalu berdoa kpd Allah supaya tunjukkan saya siapa yg bersalah antara ibu dan saya. Allah maha besar, mlmnya pasti saya bermimpi yg menyatakan saya yg salah. Biasanya dlm mimpi itu saya akan ditinggalkan sendirian atau adik beradik saya akan membuang saya. Bila bangun waktu pagi, w’pun saya br bersekolah rendah..saya sudah memahami bhw saya yg bersalah dlm pergaduhan itu. Pergaduhan saya dan ibu seringkali berlaku sampai saya dpt agak jika tidak 3/4 hari tidak bergaduh pasti esoknya akan bergaduh dgn ibu. Ayah dgn ibu juga sering kali bergaduh tapi ayah xpernah angkat tangan ke arah ibu. End up ibu akan ungkit2 ms2 dulu dan berleter xhenti2. Ayah akhirnya akan keluar dr rumah utk tenangkan fikiran. Ayah sering kali menjadi pendengar yg setia, dia tidak pernah menangkan saya atau ibu saya.
Hal2 pergaduhan yg berlaku biasanya melibatkan benda2 yg kecil cthnya ayah lupa beli brg ibu, ayah xcukup duit, ibu xsuka tutup aurat terutama pakai tudung dll. Lupa pula saya nyatakan bhw ayah saya ni sblm ni jd peniaga bw lori sayur then lepas tu berhenti sbb results akademik anak2 jd teruk. Sbb jika jd peniaga ayah terpaksa keluar pagi2 lagi dan balik lewat petang. Ayah xsempat nak fokus akademik anak2. Maka dia berhenti dan dia usahakan ladang kelapa sawit miliknya shj. Ibu pula adlah suri rumah tangga sepenuh masa.
Untuk pengetahuan pembaca, ayah seorg yg kuat agama. Ayah jenis yg solat tepat waktunya dan akan mengajar mengaji quran sendiri untuk anak2nya. Tetapi ayah xpernah paksa kami utk solat berjemaah dgnnya. Bg diri ayh segala pergerakan ayah adalah cepat..ayah jenis xsuka menunggu orang. Berbalik pd ibu pula, segala pergerakannya perlahan dan sgt cerewet makanya waktu solat biasanya diakhir2 waktu. Pernah saya tanya ayah kenapa ibu seringkali tidak solat berjemaah dgn kami, ayah selalu mengatakan bhw ibu sgt susah memahami jika ayah bertegas maka pastinya kami akan bergaduh. Ayah sudah puas menasihati ibu tapi perangainya xpernah berubah.
Setiap tahun apabila waktu perayaan tiba tertutama hari raya puasa, maka ibu akan pesan kpd ayah siap2..mesti wajib balik ke kampungnya pd raya pertama. Alasan ibu sgt mudah iaitu tiada siapa antra adik beradiknya yg akan menyediakan juadah utama perayaan. Ibu adalah anak ke3 dr 8 beradik. Ayah pula anak lelaki sulung dr 9 beradik. Pasti pembaca dpt agak apa yg akan berlaku pd kami setiap kali musim perayaan bermula. Ayah pasti mengalah…simpan dlm hati. Ibu pula setiap kali mlm perayaan dia akan masak berperiuk2 nasi dan lauk pauk utk dihantar ke rumah keluarganya. Mujurlah ayah dan ibu dr negeri yg sama. Menjelma pagi raya, ayah akan hantar kami ke kampung ibu dan lepas solat raya dan bermaafan..ayah akan ajak anak2 utk beraya dikampungnya pula. Kami dan ayah shj yg akan pulang ke kampung sebelah ayah. Ibu pula sibuk melayan adik beradiknya yg xputus2 memuji masakan ibu. Xtau lah bila ibu akan berubah. So setiap tahun begitulah rutim kami bila tiba waktu perayaan. Sampai sering kali terfikir kenapalah ibu ayah ni berkahwin dan kenapalah ibu xsuka dgn keluarga ayah.
Untuk pengetahuan pembaca, keluarga sebelah ibu (adik beradik ibu) tidaklah byk menolong keluarga kami berbanding adik beradik sblh ayah. Contohnya ms saya bersekolah diasrama ramai makcik2 sblh ayah yg sedekahkan baju kurung, jam tangan dan kain solat utk saya bw di asrama. Saya sangat suka keluarga sebelah ayah terutama nenek. Saya pernah tidur di rumah nenek, nenek org yg pertama belikan saya tudung spy saya menutup aurat. Nenek suka solat malam dan suka mengaji quran. W’pun nenek kematian suami selepas kelahiran anak ke9 (masih bayi).. tapi nenek seorg yg sgt tabah utk besarkan anak2 seramai 9 orang. Nenek tidak pernah mengungkit kenapa ibu tidak pernah pulang ke kampungnya pd hari pertama perayaan. Nenek hanya bertanya dan bila kami bg jawapan..nenek hanya mengangguk diam. Seringkali apabila kami akan berangkat pulang nenek akan bekalkan pelbagai jenis makanan terutamanya gula2 susu (kegemaran kami pd masa itu). Kami sgt suka pulang ke rumah nenek sebb tiap kali kami sampai rumah nenek pasti banyak juadah masakannya di bawah saji. Nenek sgt pandai masak.
Berbalik keluarga ibu pula, adik beradik ibu tiadalah mahu masak2 makanan bagus2 waktu perayaan. Bg kami, mereka hanya suka makan shj lepas tu masing2 membawa diri pulang ke kampung sebelah isteri/suami. Nenek sebelah ibu juga kematian suami waktu anak2 masih kecil. Nenek xsuka memasak…maknanya xminat memasak. Beliau lebih suka bercucuk tanam dan pelihara binatang2 sekeliling rumah.
Alsebab saya suka bergaduh dgn ibu, makanya saya xsuka berada di rumah. Saya nekad belajar bersungguh2 dan masuk asrama. Keputusan UPSR saya sgt bagus…semua subjek A dan satu subjek shj B. Abang dan adik2 saya pun mendpt results UPSR yg sama dgn saya tetapi hanya saya seorg shj yg meminta kpd ayah utk dihantar ke asrama. Ayah memilih sekolah agama kpd saya mungkin sbb saya anak2 yg sgt degil…abang dan adik2 yg lain hanya masuk sekolah harian biasa shj. W’pun jarak sekolah dgn rumah saya 30minit shj…saya memang xsuka pulang ke rumah sbb saya selalu berfikir saya xmahu lagi buat byk dosa bergaduh dgn ibu atau tidak mahu sakit hati melihat ibu ayah bergaduh. Biarlah saya hidup aman damai di asrama. Bila hujung minggu bermula, kawan2 seasrama ramai yg pulang ke kampung halaman tercinta..saya pula setiap kali hujung minggu, saya merasakan seperti hari2 perayaan. Sgt susah nak di gambarkan perasaan saya setiap kali hujung minggu bermula. I’m happy…very2 happy hi hi hi.
Apabila saya menginjak dewasa, ibu seringkali mengarahkan kami spy mencari pekerjaan dan bakal suami/isteri dlm negeri kami kerana ibu mahu kami menjadi spt adik beradik ayah yg mana 8 dr adik beradik ayah semua kerja dlm negeri yg sama. Saya mcm biasa tidak pernah bersetuju dgn pendpt ibu…bg saya, lagi berjauhan dr rumah adlah lagi bagus. Sering kali saya suarakan pd ibu yg saya tidak mahu mengikut perangai ibu…saya tidak mahu menjadi spt ibu. Saya mahu menjadi spt nenek sebelah ayah sbb nenek xpernah buruk2kan ibu. Tapi ibu seringkali burukknya ayah dan keluarga ayah kpd anak2. Ibu juga suka menceritakan keburukan jiran2 sekeliling rumah waktu ibu masih muda. Saya xpernah mempercayai kata2 ibu sbb ibu sgt suka berdendam. Sampai ke tua, ibu seringkali bermasam muka dgn jiran2..bgnya jiran semuanya salah dan ibu xpernah buat salah pd jiran2 tertangga.
Selepas 5 tahun di sekolah agama, byk saya belajar dgn ustaz usatazah. Bila bergaduh dgn ibu, saya sering berdiam diri dan tutup telinga serta membygkan sesuatu yg indah2 shj. Ada juga sampai ms saya hilang sabar dgn pergaduhan ibu ayah dan pendpt ibu yg mengarut tidak mahu mendengar nasihat ayah. Saya pernah melarikan diri dr rumah… melarikan diri secr berhemah. Semua rakan2 gembira jk dpt kembali ke kampung halaman jika cuti semester tiba, tapi saya xgembira spt mereka. Saya hanya boleh bertahan di rumah 3/4 hari shj… selepas itu saya akan minta izin ayah utk bekerja part time di negeri yg lain. W’pun waktu itu saya xtau mana nak kerja dan mana nak tinggal tp saya yakin jika ayah sudah izinkan maknanya ‘larikan diri’ ini akan jd mudah. Sungguh betul sangkaan saya, saya sgt mudah mendpt kerja dan tempat tinggal. Saya anak yg per1 memberi gaji hasil kerja saya kpd ibu ayah… dalam rm50 seorg. Kalau pembaca menygka saya sgt berani orgnya w’pun saya perempuan… saya xderlah seberani mana cuma saya jenis yg degil. Syukur saya belajar dr sekolah aliran agama, apa shj tindkan saya ambil, saya akan tepuk dada tanya iman dahulu.
Maka tibalah hari bersejarah saya, seperti biasa keluarga sebelah ayah akan menolong perkahwinan kami bersungguh2 dr A sampai Z… keluarga ibu pula menghilang dan hanya akan muncul pd hari majlis berlangsung shj. Abang pernah meluahkan perasaannya pd ibu..mana adik beradik ibu yg sering kali ibu bangga2kan tu??? Tapi ibu seringkali bg alasan yg entah ler…malas saya nak ambil tahu.
Apabila kami semuanya sudah berkahwin, ayah arahkan kami utk pulang ke kampung halaman slps solat raya di tempat kami, saya selalu mengajak ibu utk beraya di rumah jiran tertangga…tapi mcm biasa kami dan ayah shj yg akan pergi ke rumah jiran2.
Pada satu tahun tu, giliran saya utk beraya di kampung suami..adik2 kerja tidak dpt cuti dan abg pula giliran utk pulang ke kampung isteri. Abang sampai ke rumah pd raya ke2, abg bgtau yg tiada seorg jiran pun yg mahu datang ke rumah kami utk beraya. Saya sgt sedih sbb saya tahu semua ni berlaku sbb keras kepala ibu saya yg xmahu beraya di rumah jiran2. Saya tidak mahu perkara ini terusan berlaku sbb kami adik2 beradik semuanya berjauhan dgn rumah ayah ibu, jika berlaku hal2 kecemasan…jiran2lah yg boleh menolong mereka dahulu.
Maka tahun yg berikutnya giliran saya beraya di rumah ibu saya terpaksa mengugut ibu..jika tidak mahu melawat jiran2 waktu perayaan..saya tidak akan lagi mahu pulang ke kampung. Akhirnya ibu saya mengalah dgn sifat degil saya nih.. ha ha ha . Alhamdulillah selepas itu, jiran2 seringkali melawat keluarga kami w’pun bukan musim perayaan. Saya pula seringkali melawat jiran…bersembang2 tentang anak2 mereka dan tentang apa2 topik perbualan..ikut logik akal.
Apa yg ibu hajatkan semuanya tidak menjadi…saya rasa doanya Allah tidak makbulkan. Kami adik beradik semua kerja luar dr negeri kami dan berkahwin dgn suami/isteri dr luar dr negeri kami. Hanya adik yg ke 3 berkahwin dgn org yg sama negeri tapi terpaksa berkhidmat nun jauh dr negeri asal sbb rezeki mereka hanya ada di sana. Tinggallah ibu ayah di rumah asal kami berdua shj sehingga Allah menguji kesihatan ayah. Ayah mendpt stroke yg teruk sehingga tidak mampu lg bersuara dan bergerak spt orang yg normal. Saya sedih kerana tidak dpt mendengar suara ayah lagi. Apa yg terjadi pd ayah, adalah ujian pd ayah tp saya sering berfikir ianya berpunca dr ibu saya sendiri. Saya tidak mahu bercerita secara terperinci kejadian yg berlaku. Biar saya seorang yg tahu. Nenek sblh ayah seringkali dtg melawat ayah… w’pun nenek sudah berumur 70an…. (sakit lutut) dia tidak pernah merungut jk anak menantu tidak dtg melawatnya. Kami sgt kesian pd nenek, mk jika kami pulang ke rumah ibu ayah, kami akan mengajak ibu ayah melawat nenek. Tapi mcm biasa, ibu akan bg beribu alasan tidak mahu jumpa nenek dan adik beradik ayah. Sampai saya seringkali terpaksa ugut ibu tidak akan pulang lagi ke kampung jk perangai ibu xberubah. Kadang2 ugutan berjaya dan byk kali xberjaya ( saya ‘serender’ dgn perangai ibu). Pasti pembaca dpt bayangkan bagaimana…ermmm.
Beberp tahun kemudian ibu pula diuji sakit dlm perut yg mana perlukan pembedahan. Kami bawa ibu ayah pergi ke KL utk membuat pembedahan. Alhamdulikah ibu sihat cuma kesihatan ibu xmenentu. Ibu seringkali lupa dan tidak boleh jaga diri sendiri apalagi untuk menjaga ayah. Abg dan adik2 berpakat jaga ibu ayah di rumah masing2 bergilir2 setiap bulan. Cuma saya xmampu jaga ibu ayab sebb berkerja di sarawak. Macm biasa, keras kepala ibu memang xberubah… bermacm2 alasan diberikan spy dia boleh pulang ke kampung halamannya tapi Allah seringkali tidak memakbulkan doanya. Terpaksa mereka tinggal di rumah abg dan adik2 saya. Suka atau tidak…. mereka terpksa tinggal di sana. Perangai ibu menyebabkan saya selalu mendgr rungutan abg dan adik2, sampai saya kesian pdnya. Saya seringkali berdoa kpd Allah supaya dpt menjaga ibu ayah sendiri. Syukur suami bersetuju. W’pun saya mendpt ibu yg berperangai begitu tp saya yakin pasti alsebab doanya saya berjumpa suami yg sgt memahami dan keluarga mertua yg baik.
Pada satu tahun tu, saya membuat solat istiqarah..hajat dan berdoa, saya nekad berhenti kerja supaya dpt balik ke s/jung nenjaga ibu ayah. Saya sebak sbb ibu selalu telefon menyatakan hasrat utk tinggal bersama saya. Tapi perancgan Allah tu berbeza, bermacm2 usaha saya buat spy dpt pulang ke s/jung. Allah tutup semua jalan sehingga satu peluang pun saya tidak ada utk pulang ke s/jung hingga habis tahun ni pun Allah tetap tutupkan jalan saya pulang ke s/jung.
Selepas ibu tahu saya xdpt menjaganya, perangai ibu semakin menjadi2. Tidak habis2 mendesak abg dan adik2 hantar dia ke kampung. Tapi apakan daya tiada sorg pun adik beradik ibu mahu menjaga ibu dan ayah. Saya pula hanya mampu berdoa dan sedekahkan bacaan alquran setiap hari utk ibu ayah di jauhkan dr fitnah dunia (salah satunya ialah berjauhan dr kasih sayang anak2 utk menjaganya)… di jauhkan dr fitnah kubur..dajjal… penyakit dll. Saya selalu mendoakan spy nenek memaafkan segala kesalahan ibu ayah jika selama ini ibu menyakitkan hati nenek… saya sgt yakin nenek adalah sebaik2 manusia yg Allah datangkan utk keluarga saya.
Moga para pembaca doakanlah saya sempat menjaga kedua ibu ayah saya dgn penuh 200% kesabaran sblm mereka menutup mata. Aminnn
– Lina (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment