Wednesday, 20 December 2017

Dilempang Guru Kerana Tak Siapkan Kerja

PengakuanKu

Aku kat sini bukan nak komen pasal isu cikgu lempang murid yang sedang viral tapi aku cuma nak ceritakan pengalaman pahit aku masa sekolah rendah yang aku tak mungkin akan lupa sampai bila bila.

Aku bersekolah di sebuah sekolah rendah di negeri Perak, masa tu aku darjah enam. Aku boleh katakan kat sini yang aku dulu budak yang baik, aku tak pernah melawan cikgu ape lagi nak menghidu gam. Aku pernah jaga mak aku yang sakit kanser darah seawal usia aku 8tahun.hanya nak membayangkan kat kau orang betapa aku dah galas tanggungjawab besar masa tu dan aku memang bukan budak liar yg selayaknya dimarah oleh seorang cikgu.

Kat sekolah tu masa tu ada seorang guru bahasa inggeris namanya teacher A.R. Teacher AR ni seorang perempuan gempal,yang memang terkenal dgn sifat bengisnya, dia juga pakai perfume yang baunye dari jarak 100meter dah mampu menggerunkan setiap murid, dia juga adalah seorang cikgu disiplin.

Satu hari tu aku tak sempat siapkan correction english homework yang dia bagi, jadi aku tinggalkan page utk correction tu kosong dan teruskan dgn homework seterusnya di page lain. Teacher AR panggil aku depan kelas, tanya kenapa page kosong, aku jawab yg aku belum buat correction. Tanpa tanya apa2 lagi aku terus dilempang. Dia lempang pipi kanan aku, aku tercampak ke blackboard, aku bangun dan pipi kiri aku pula dilempang sampai aku terjatuh ke meja murid lain, aku berdiri balik dan muka aku dipegang sambil kiri kanan muka aku terus dilempang sampai cukup tujuh kali.
Lepas kena lempang kiri kanan, pipi aku dua2 belah bengkak, kebas, telinga aku perit berdesing. Dia gulung buku latihan, sondol dalam mulut aku, dan paksa aku berdiri di luar kelas.

Semua itu hanyalah kerana aku tak buat correction. Aku masih igt budak2 perempuan dalam kelas tu masa tu automatik menangis tengok kejadian mcm tu depan mata mereka. Dan aku masih igt darah yg berbekas kat buku latihan tu.
Itu baru cerita tentang kejadian lempang, yg lebih berbekas pada aku adalah kejadian2 selepas itu. Aku balik rumah , abah tanya kenapa dan apa yang jadi, aku cerita satu2. Abah mengamuk, tapi abah tak pergi serang cikgu, abah tulis surat aduan kepada kementerian pendidikan malaysia. Kesannya? Aku dipulau oleh semua cikgu termasuk yg tak terlibat. Aku tak paham kenapa. Solidarity begitu kuat sampai nak menyokong sesuatu yang terang2 salah?? Aku dihalau dari kelas sewaktu mereka mengajar. ‘Saya taknak mula mengajar selagi budak tu ada dalam kelas saya!’ Kawan2 aku terpaksa minta aku keluar kelas. Tahun tu kami kena UPSR. Abah tak bagi pergi join kelas malam, sebab abah takde duit nak bayar cikgu. Abah ajar aku kat rumah, setiap malam. Setiap hari abah akan ajar aku, semua subjek. Aku cuma seorang budak lelaki 12tahun, dan aku kena hadapi semua itu. Rasa takut dan malu nak ke sekolah setiap hari, rasa tersisih dengan cikgu dan kawan2, rasa tertekan dengan semua orang. Hanya kerana tak siapkan correction!

Sampai ke hari aku upsr, aku dipulau oleh semua cikgu. Sehingga lah keputusan upsr keluar, aku org pertama yg diumumkan nama dapat 5A. Masa tu ada 24 orang je sekolah aku yg dpt 5A. Alhamdulillah. Biasalah lepas tahu result semua murid berpusu ke bilik guru, cari cikgu utk ucap terima kasih dan utk menerima ucapan tahniah,aku pun ikut sekali. Aku cari teacher AR, tapi dia taknak jumpa aku.  Dia refuse utk jumpa aku

Selepas beberapa minggu, abah bagitau pihak sekolah ada call dia, aku dapat tawaran ke sebuah sekolah berasrama penuh elit di Perak. Abah yang pergi ambil surat tu, tapi semua cikgu tak tegur abah, semua diam Je.
Nak cerita pasal impak dari kejadian tu masih banyak lagi, setiap hari kat sekolah asrama masa form 1 dulu dormmate aku kena tolong titiskan ubat kat telinga aku, dan aku tak dapat nak suka subjek english sampai ke sekolah menengah. ada semacam rasa trauma melekat kat aku disebabkan apa teacher AR buat kat aku. Bukan trauma yg membawa aku kepada kejayaan ye. Aku tak dapat nak cakap mcm org lain ‘Aku dulu selambe je kena lempang ngn cikgu aku, ahh manja betul budak2 zaman sekarang!’. Tak, aku tak mampu nak ungkapkan dgn bangga. I hate it. In fact dekat bini aku pun lepas kawin baru aku cerita semua ni.

Teacher AR, kalau teacher baca ni, saya nak bagitau yg saya teringin sangat sangat nak jumpa teacher balik. Jangan lah pura2 tak kenal saya macam masa terjumpa kat mall bukit mertajam beberapa tahun lalu ya. Saya sekarang seorang arkitek, alhamdulillah dah mendirikan rumahtangga dgn seorang doktor,kami dikurniakan tiga org anak.
Arwah abah pula akan sentiasa kekal jadi hero kat hati saya, sebab abah lah saya kat mana saya sekarang. Bukan sebab org lain. Saya sangat rindukan abah.
Kepada org2 yang menyokong kuat solidarity mereka yg melempang budak untuk mendisiplinkan budak,minta maaf, saya tetap dgn pendirian saya bahawa kekerasan bukan satu2 nya cara, kekerasan hanya lah menggambarkan tahap kesabaran dan keimanan anda sebagai seorang Pendidik anak bangsa.
Sekian luahan.

– MN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.