Monday, 18 December 2017

Duit Pencen dan MLM

PengakuanKu

Salam semua.. Harap luahan hati aku ni dapatlah admin siarkan untuk pengajaran semua. Langsung tiada niat memburukkan sesiapa (sebab tu confess kat sini). Tajuk cerita aku tu pun korang dah boleh imagine sikit kan?

Yang aku nak ceritakn kat sini adalah mengenai mak mertua aku. Ya,mak mertua aku memang Ratu MLM dari muda sampai ke pencen. Tu yang suami aku bagitau lah. Dan sepanjang 7 tahun aku berkahwin memang sahlah apa yang dia cakap tu memang tepat sekali. Bapak mertua aku pun ada jugak join tapi taklah se hardcore mak mertua aku ni.

Suami aku cakap dari dia kecil sampai sekarang mmg dia membesar tengok mak dia join macam2 MLM. Diorang adik beradik nak menegur sangat pun tak berani. Yelah mak kan.. mak mertua aku pun kalau di tegur bab2 aktiviti dia ni memang melenting terus. Dia dengan bapak mertua aku memang selalu sangat bergaduh pasal duit yang dah lebur kat MLM. Aku pulak menantu je,mampu diam dan tengok jelah. Walaupun dalam hati memang aku tak setuju langsung sebab kalau tengok company yang dia join tu semua tak meyakinkan,merepek and produk yang overclaim. Memang merepek sangatlah.

Okey sekarang aku nak masuk bab kritikal kenapa sampai aku nak confess kat sini. Ada satu hari tu,bapak mertua aku call kitorang suruh balik skejap. Ada hal nak bincang katanya. Suami aku ni anak lelaki sulung so memang dia selalu jadi tempat rujukan merangkap bank untuk family dia. Aku seriously memang tak kisah pun. So balik lah kitorang haritu. Sampai je kat rumah terus bapak mertua aku tunjuk sampul surat dari 10 bank. Semuanya surat warning. Rupa- rupanya selama ni mak mertua aku ada buat bank loan untuk modal MLM dia tu almost 200K. Yup,200k! Memang senang la loan dia nak lepas sebab dia pegawai kerajaan dan ramai kawan baik keje bank. Setiap bank dia buat 20K, 10 bank tak ke 200k jadinya. Dan yang parahnya,MLM yang dia join tu scam dan kawan dia yg ajak tu pun dah lesap. Mengucap panjang kitorang masa tu.

Aku pun tak faham la, mak mertua aku tu bukan sembarangan orang. Pegawai kerajaan,degree holder dan semua orang kenal dia. Tak faham aku kenapa senang sangat dia kena tipu macam tu. OK,sekejap belum habis lagi. Tu 200k kan.. Rupanya ada lagi loan lain yg dia buat. Untuk tambah rumah dan beli kereta baru almost 100k. Yang ni rupanya laki aku dah tau dan dia dah pesan banyak kali jangan buat loan banyak2 memandangkan masa tu tinggal berapa tahun lagi je nak pencen. Tapi degil last2 buat jugak.

Sebenarnya sebelum ni mak mertua aku ada hutang-hutang lain yang dia belum selesaikan tapi ntah kenapa dia tak pernah serik. Masih lagi nak buat benda2 yang tak berfaedah ni. Aku ni sebagai menantu pun kadang serba salah sebab memang selalu dia ajak aku tapi laki aku awal2 dah warning jangan memandai ikut jejak mak dia tu.

Mak mertua aku pencen hujung tahun lepas dan sebelum dia pencen kami ada buat perbincangan sikit dengan dia. Suami aku ada nasihatkan dengan cara baik supaya nanti dapat duit pencen bayarlah sikit2 hutang dia dan jangan join apa2 yang tak berfaedah lagi. Dia diam je so kami ingat dah insaf la tu hutang dah banyak.

Tapi kami silap,lepas pencen semakin ligat dia. Masa tu kawan2 dia yang sama-sama MLM punya la baik. Aku malas nak explain panjang2 cuma nak bagitau yang tak sampai setahun semua duit pencen dia habis dan dia kena kejar dengan bank mcm kena kejar ahlong. Duit pencen habis,hutang keliling pinggang dan masa tu baru aku tengok dia mcm tersedar dari lamunan. Macam baru nak sedar dari kesilapan.

Akhirnya suami aku bawak mak dia pegi AKPK untuk susun balik dan plan semula jadual pembayaran hutang dia. Dengan duit pencen yang dia dapat setiap bulan tu,sah2 tak cukup. Tiap bulan baki duit dia kosong sebab bayar hutang. Hasil perbincangan adik beradik, suami aku,kakak ipar dan adik ipar aku setuju nak bayar sorang RM 500 untuk bantu mak selesaikan hutang dia. Aku redha je,takpelah nak buat macam mana kan walaupun kami sendiri pun berjimat cermat dengan perbelanjaan anak dua orang lagi. Sape lagi yang nak tolong mak kalau bukan kami.

Sekarang aku nampak mak mertua aku dah slow dan tak join mana2 MLM lagi. Dia lebih banyak join aktiviti dengan jiran dan sedara mara. Aku tau dalam hati dia tu sedih jugak sebabnya mak & abah aku sendiri pesara kerajaan tapi mak abah aku lepas pencen memang kaki berjalan. Selalu diorang belikan hadiah untuk besan (mak & bapak mertua aku),macam2 hadiah setiap kali diaorang travel ke luar negara. Sedangkan mak mertua aku mampu duduk rumah je sebab menanggung hutang yang banyak. Tapi itu kesan dari perbuatan dia sendiri yang tak berfikir panjang. Ada jugak kami bawak dia berjalan tapi taklah jauh mana.

Aku ni cuma nak ingatkan je,tengok2 kan lah mak ayah kita lagi2 yang lepas pencen tu. Sekarang ni ramai je manusia jenis ambil kesempatan especially kat orang tua yang baru2 mengenal dunia digital. Oh ya,kalau korang tertanya2 MLM apa yang mak mertua aku join ada banyak sebenarnya tapi yang dia kena tipu 200k tu berkaitan dengan emas. Selain tu ada banyak MLM produk kesihatan dan jugak bitcoin. Korang jgn salah faham,bitcoin sebenarnya kalau ikut cara yang betul memang sah pun cuma hati-hati sebab ada scammer bitcoin.

Oklah,tu je nak pesan. Mak ayah kita ni patutnya di usia emas berehat,beribadat,jumpa kawan-kawan lama,berjalan makan angin rehatkan minda sebab dah penat bekerja dan uruskan anak-anak. Sayang sangat kalau di usia tua ni menangung hutang yang banyak. Maaf kalau tersalah bahasa atau ada yang tersinggung. Ambil pengajaran saja dari cerita aku ni ok. Wassalam.

– Willa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.