Assalamualaikum. Aku bukanlah peminat kpop tapi baru-baru ini, ada seorang kawan aku share video drama korea bertajuk “While you were sleeping”. Aku yakin sesiapa yang menonton drama ini mesti akan cakap drama ini hanya imaginasi pengarah dan rekaan semata-mata tapi tidak bagi aku. Ya, aku mempunyai kelebihan yang sama seperti pelakon utama iaitu aku boleh bermimpi kejadian yang bakal berlaku pada orang-orang yang aku sayang terutamanya keluarga dan kawan-kawan aku.
Mungkin bagi sesetengah orang kelebihan ini adalah sesuatu yang bagus tapi tidak bagi aku. Aku menjadi sangat penakut, insomnia dan pendiam. Aku start mengalami mimpi-mimpi ini selepas satu kejadian tragis yang menakutkan berlaku kepada diri aku ketika aku tingkatan 2. Maaf aku tidak dapat menceritakan kejadian tersebut sebab ramai orang akan kenal siapa aku. Sejak dari kejadian itu, aku sering mengalami mimpi-mimpi yang akan menjadi kenyataan pada keesokan harinya atau bila-bila masa sahaja.
Salah satu mimpi yang sangat aku kesali sehingga ke hari ini ialah aku bermimpi kematian abang aku. Aku bermimpi dua minggu sebelum abang aku meninggal dunia malah aku turut juga mengalami kesakitan yang arwah abang aku alami sebelum dia meninggal dunia. Selama dua minggu aku sakit di bahagian leher sehingga tidak mampu mengangkat kepala walaupun bonda dan abi bawa aku ke hospital, doktor cakap aku sihat, tiada apa-apa masalah. Tetapi setelah abang aku meninggal dunia, sakit di leher aku hilang dengan serta-merta. Abang aku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dilanggar oleh pemabuk ketika pulang dari kerja dan tulang di tengkuk abang aku patah. Aku menceritakan peristiwa ini kepada keluarga aku tetapi tiada sesiapa pun percaya pada aku.
Malah, aku juga pernah bermimpi satu kejadian bunuh yang berlaku di kawasan perumahan aku. Orang yang dibunuh itu adalah anak murid kesayangan bonda aku. Aku dapat melihat bagaimana dia dibunuh, siapa yang membunuh dan keadaan selepas polis hadir ke rumah mangsa. Seriously aku sangat takut dan aku tidak mampu tidur selama beberapa hari. Malah, aku telah menceritakan peristiwa tersebut kepada bondaku tetapi masih tiada sesiapa yang mempercayai aku sehinggalah suspek yang ditangkap adalah sama seperti yang aku ceritakan.
Ketika aku sambung belajar, aku pernah bermimpi keputusan peperiksaan kawan baik aku, nana dan aku memberitahu nana berapa cgpa yang dia dapat. Pada mulanya nana tidak mempercayai aku sehinggalah keputusan keluar dan result nana sama seperti mimpi aku. Disebabkan kejadian ini, nana ingatkan aku ada “membela” sesuatu dan kami tidak lagi berkawan sehingga sekarang. Malah aku juga dipulaukan oleh kawan-kawan yang lain. Pada awal tahun ini, aku mengalami mimpi kematian adik aku dan akhirnya adik aku meninggal dunia sama seperti apa yang aku mimpi tetapi kali ini aku diamkan sahaja sebab aku rasa sangat sedih. Aku cuba menidakkan mimpi aku tersebut sebab aku tidak mahu menjadi syirik dan aku tidak mahu da lagi suara-suara sumbang yang mengatakan aku mental.
Mungkin kalian akan menganggap cerita aku ini hanyalah rekaan semata-mata tapi sebenarnya tidak. Sekarang keluarga aku bawa aku berubat dengan ustaz dan mengikut kata-kata ustaz ada “benda” yang sukakan aku dan ingin berdamping denganku. Aku mohon korang semua doakan aku sembuh seperti orang normal sebab aku teringin tidur lena tanpa mimpi-mimpi ini. Sebenarnya banyak lagi mimpi-mimpi yang aku alami tetapi aku tak boleh ceritakan semuanya kerana ada sesetengahnya sangat menakutkan. Dan baru-baru ni aku mimpi pasal adik bongsu aku dan YES! ia jadi kenyataan. Adik aku ditimpa kecelakaan.
Aku mohon, tolong…tolong doakan aku. Mohon aku pulih dari semua ini. Bila mimpi-mimpi ini terjadi memang aku akan bangun malam dan mendekatkan diri kepadaNya sebab aku yakin, Allah uji aku sebab Dia sayang aku. Doakan aku terus tabah dan kuat. Aku takut yang aku boleh jadi syirik kerana mempercayai mimpi-mimpi aku ini sebab itu kadang-kadang aku biarkan sahaja kejadian yang bakal berlaku contohnya, kematian arwah adik aku.
-Auni-
– Auni
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment