Tuesday, 19 December 2017

Mental Disorder

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera olls. Aku Anne dan i have a problem with my mental health since i was 17,(right now i’m already 25). First of all aku nak ucapkan terima kasih kat admin kalau2 artikel ni disiarkan. Aku kat sini nak bercerita pasal mental health,ha mesti kebanyakan orang ingat kalau bercerita pasal mental health ni tak lain tak bukan GILA. Mental health bukan hanya tertakluk pada definasi korang iaitu GILA okey. Aku bukan nak bukak rahsia yang aku simpan selama bertahun2,tapi macam aku cakap la kesedaran terhadap kesihatan mental di Malaysia dan juga di dunia masih kurang.

Dalam tahun ni banyak isi berkaitan bunuh diri, dan golongan yang korang boleh nampak adalah golongan artis contoh macam Chester dan yang terbaru Jonghyun Shinee walaupun sebenarnya setiap saat dan waktu ada insan biasa yang meninggal akibat bunuh diri di luar sana. Korang tahu tak yang kebanyakan isu bunuh diri tu disebabkan oleh masalah mental. Ada yang cakap kenapa bunuh diri, mana pegangan agama dan sebagainya tapi korang tak rasa berada di tempat kami. Berbalik pada aku, bertahun2 aku struggle untuk lepaskan diri aku dalam pergelutan yang aku tak tahu bila ianya akan hilang. Mood swing bagi aku itu perkara biasa,kadang2 aku rasa nak nangis, kadang2 aku rasa macam nak mati tapi syukur aku masih mampu bertahan dan masih tahu bezakan apa yang baik dan buruk. Tapi aku tak jamin di depan hari nasib aku macam mana cuma aku berharap agarALLAH sentiasa akan membimbing dan menjaga aku.

Untuk pengetahuan korang aku takut untuk jumpa psyciathrist sebab taboo,dan aku takut bila orang akan cop aku gila haha. Masyarakat selalunya akan judge yang bukan2. Ada yang kait kan masalah mental dengan aspek kerohanian,agama dan sebagainya. Kadang2 masalah mental bukan sahaja berkait dengan masalah kerohanian,agama tapi juga berkaitan dengan masalah yang berlaku secara “medical” terhadap fungsi badan itu sendiri. Senang cerita kami dapat rasakan keadaan otak kami berserabut macam wayar yang bersirat, susah untuk dileraikan. Berbalik pada aku tido adalah salah satu jalan untuk aku bahagia,berada dalam dunia aku sendiri. Kadang2 aku ingin luahkan pada seseorang apa yang aku rasa tapi aku takut, takut mereka risaukan aku, takut mereka kata aku ngada2,dan macam2 lagi. Kadang2 aku rasa nak bawak diri jauh dari semua orang, pergi dekat tempat yang aku boleh dapat ketenangan tapi dekat mana? aku pun tak pasti.

Aku rasa setakat ni je la kot cerita aku,sori kalau cerita aku ni korang susah nak faham tapi aku sendiri pun sukar untuk gambarkan apa yang aku rasa. Aku harap kalau korang ada member,atau keluarga terdekat yang cakap diorang stress ke apa ke kalau boleh cuba la tumpukan perhatian dekat mereka, kita tak tahu apa yang mereka rasa, sebab setiap orang ada stress level berlainan. We cannot tell other to get over it just because we got over it.Aku harap sangat ALLAH bagi aku kekuatan untuk aku control diri aku dan semoga ALLAH sayangkan aku. Amin..

P/s:Tak semestinya jika seseorang tu nampak happy dia bahagia,mungkin dia tgh struggle dekat dalam

– Anne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.