Tuesday, 19 December 2017

Kerana RM200 Hatinya Jadi Keras

PengakuanKu

Pernah satu ketika saya mengendalikan kes di dalam satu sesi kaunseling datang seorang wanita yang berusia 47 tahun mengadu hal suaminya yang sangat kedekut. Wanita itu mula bercerita, pada awal perkahwinan 10 tahun pertama suaminya sangat pemurah dan tidak pernah berkira. Nafkah diberi setiap bulan RM700 tak termasuk dengan barang dapur dan duit belanja anak-anak. Anak-anak (3 orang) setiap seorang akan dapat RM20 sehari untuk belanja di sekolah sesi pagi dan petang.

Selepas 20 tahun berkahwin tiba-tiba suami berubah jadi tangkai jering atau bakhil, saya bukanlah tidak bersyukur tapi tidak setimpal sedangkan gaji suami pada ketika itu hampir mencecah RM8000 sebulan, suami pula tak pernah mempunyai rekod hutang yang serius dan sebagainya. Tidak ada isu wujud orang yang ketiga dalam rumahtangga kami. Nafkah yang diberi dikurangkan dari RM700 Sebulan kepada RM500 Sebulan, barang keperluan dapur dicatu, malah perbelanjaan anak juga dikurangkan. Anak-anak makin membesar, dua orang duk asrama sekolah menengah diberikan RM200 sebulan, akhirnya anak saya buat perangai mencuri dan mempunyai masalah displin yang lain. Seorang lagi belajar di universiti diberikan RM250 sebulan akhirnya dia berhenti belajar kerana tertekan dengan kos sara hidup dan baru nak belajar berdikari.

Dalam keadaan saya masih bertahan dan bersabar, saya beranggapan suami saya terkena sihir kerana mungkin dengki hidup saya bahagia sebelum ini, saya mencari insentif sendiri berkerja mencari duit dengan berniaga untuk menampung perbelanjaan. Tetapi kerana sedikit keunzuran faktor kesihatan saya berhenti berniaga. Oleh sebab itu saya datang untuk minta nasihat fasakh atau bubarkan perkahwinan kerana saya rasa diri saya dinafikan hak untuk mendapatkan nafkah perbelanjaan yang sepatutnya.

Setelah selesai wanita itu bercerita, saya pun bertanya, ada tak Puan melakukan perbuatan nusyuz atau derhaka kepada suami, atau melalui percakapan yang menyakitkan hati suami 20 tahun lepas yang menyebabkan suami Puan berubah sekelip mata, cuba Puan ingat, pinta saya.

Wanita itu pada mulanya menjawab tidak pernah, saya seorang isteri yang taat, saya nak keluar pun saya minta izin, saya nak berniaga pun saya minta izin suami, segala kerja di dalam rumah saya buat dari membasuh pakaian, memasak, melipat kain, mengemop lantai, mencuci tandas semua saya buat, tiap kali suami saya beri duit saya akan ucapkan terima kasih, setiap kali dia balik kerja saya akan sediakan makanan dan minum.

Mana mungkin suami yang begitu pemurah tiba-tiba berubah tanpa sebab (selain faktor luaran seperti terkena sihir, wujud orang ketiga, dan sebagainya), saya terus mengulangi, cuba Puan ingat balik ada tak perbuatan atau percakapan yang membuatkan suami Puan berubah 360 darjah sekitar 20 tahun lepas.

Wanita itu termenung seketika dan menarik nafas. Selepas 10 minit berlalu wanita itu menceritakan, pernah sekali itu saya mempertikaikan suami memberi duit lebih kepada ibunya. Suami saya berikan kepada ibunya RM900 sebulan berbanding saya RM700 sebulan. Menyebabkan suami saya berubah air muka. 3 bulan kemudian ibunya meninggal, sejak dari itu suami saya berubah, sampai ke hari ini saya belum meminta maaf persoalan yang menguriskan perasaannya kerana sakit hati dengan perbuatan suami yang melebihkan ibunya.

Lalu saya menasihati wanita itu memohon maaf kepada suaminya, jika mahu melihat suami puan berubah, kemudian lakukan solat taubat, dan memperbanyakkan solat hajat untuk suami. Wanita itu bersetuju dan pulang.

Pengajaran yang boleh di ambil:
1. Apa yang berlaku mungkin kafarah atau penebus dosa kerana ada niat menghalang seorang anak berbakti kepada ibunya.
2. Sebagai isteri kena berhati-hati dalam menyentuh perkara yang senstif melibatkan ibu suami, kerana ibunya lah yang melahirkan dan membesarkan suami, cuba elakkan mempertikaikan hak suami jika mahu hendaklah dengan berhikmah dalam menegur, atau berlapang dada itu lebih baik kerana ibunya dimamah usia, satu masa nanti anak kita pula yang berbakti kepada ibunya. Bersyukur sebelum tuhan tarik nikmat yang ada.
3. Sebagai suami janganlah berdendam sehingga menzalimi hak isteri dan merosakkan masa depan anak-anak, kelak akan dipertanggungjawabkan di akhirat, hidup ini ibarat roda, bila kita tua, anaklah yang akan menjaga kita, memafkan kesilapan isteri adalah perbuatan mulia disisi tuhan.
4. Sebagai anak, janganlah disebabkan kesempitan hidup sehingga membuat keputusan yang merugikan masa depan, setiap masalah ada penyelesaian.

Boleh jadi suaminya berdendam dek kerana sakit hati dan boleh jadi hati suaminya dah menjadi keras, ihsan di dalam hatinya tercampak jauh. Ini di antara pengalaman-pengalaman orang lama yang tuhan bayar cash di dunia, semoga terlepas dari hukuman di akhirat kerana sedar, memohon maaf dan bertaubat. Kalau ikutkan Puan tu tak ada lah sampai meninggikan suara sekadar menyuarakan perasaan yang tak puas hati je. Walaupun kesilapan tu kecil disisi kita tp disisi Allah besar. Tapi Allah masih sayangkan Puan, Allah tegur Puan. Puan masih beruntung. Jika nak dibandingkan orang lain yang tak sedar dengan kebuntuan kesempitan hidupnya dan ada yang dihanyut dengan kesenangan suami di atas penderitaan ibunya.

Akhir sekali, sebagai isteri kena tahu Encik Somi masih menanggung tanggungjawab memberi nafkah dan menjaga orang tuanya terutama ibunya sampai hembusan terakhir. Jadi mohon kawal segala perasaan yang boleh menyinggung perasaan suami, bersyukur, bersabar dan berdoa. Allah pemilik hati hambaNya. Sebagai suami, janganlah cepat melatah dan tersinggung dengan sikap isteri serta mengeruhkan keadaan, jangan menzalimi hak isteri dan anak-anak. semoga Allah ampunkan Puan dan dijaukankan kita segala kejahatan hasutan iblis.

Jika ada anak-anak yang menghadapi keadaan dan konflik yang sama mungkin jalan cerita yang berbeza, saya doakan terus tabah menghadapi dan selamat berjuang di medan ilmu!

– AHMAD (NS)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.