Assalammualaikum semua..Alhamdulillah sekiranya artikel saya disiarkan.
Saya nak cerita pengalaman saya mengenai kuasa Allah yang memakbulkan segala permintaan manusia cuma masa itu menentukan. Kadang-kadang Allah cepatkan dan kadang-kadang Allah lambatkan. Lambat atau cepat tetap ada hikmah yang Allah berikan. Keep positif ya kawan-kawan.
Saya berumur 20 an pada ketika ini. Cerita saya ini ingin saya kongsikan kepada kawan-kawan yang sentisa mempersoalkan doa mereka tidak makbul.
Ketika saya berumur 15 tahun waktu itu saya sedang menduduki PMR. Cikgu saya sering bertanya kepada saya dalam kelas ” Awak semua dah besar nak jadi apa? awak kena tahu minat awak sebelum awak ambil aliran sains tulen,akaun dan sebagainya masa tingkatan 4 nanti”. Masa itu saya berfikir pasal cita-cita dan minat. Saya termenung dan berfikir “Apa yang aku minat? Nak jadi apa bila dah besar?”. Tanpa aku sedar aku sangat meminati dunia penerbangan,buktinya aku sering membuka rancangan Air Crash Investigation sehingga menonton berulang kali. Dalam diam aku menanam cita-cita aku untuk menjadi pilot atau bekerja dalam dunia penerbangan tidak kisah la sebagai jawatan apa sekalipun. Tapi sayang, parents aku tidak setuju untuk aku bekerja sebagai pilot bila dah besar nanti. Aku menangis dan menangis. Aku terlalu mencintai dunia penerbangan.Setiap kali solat aku sentiasa berdoa nak jadi pilot tapi aku harus akur. Masa SPM aku terus bertukar cita-cita untuk menjadi seorang doktor kerana aku mengambil course aliran sains tulen. Actually aku x minat sangat pun nak jadi doktor but i try tuk penuhi impian parents. Parents aku happy sangat bila aku bercita-cita nak jadi doktor.
Result SPM keluar, result aku tidak layak untuk menjadi seorang doktor kerana aku dapat A sikit sahaja. Aku menangis sebab tidak dapat memenuhi impian parents aku. Aku juga tidak layak mendapat tempat di menara gading. Sedih dan tertekan. Aku rasa dunia aku gelap. Tapi, aku masih ada peluang lagi untuk menjadi doktor kerana aku dapat masuk ke tingkatan enam aliran sains sekali lagi. Aku nekad dan berubah untuk menjadi pelajar cemerlang. Kehidupan aku berubah menjadi orang yang fokus pada pelajaran sebab aku tidak ingin pisang berbuah dua kali. Aku taknak masa depan aku musnah lagi. Ini adalah platform terakhir aku untuk menjadi doktor. Tapi sayang, result STPM aku tidak layak untuk aku menjadi seorang doktor. Aku menangis dan tertekan. Aku berfikir kenapa Allah tidak makbulkan segala permintaan aku sedangkan aku tidak pernah tinggal solat dan rajin belajar. Aku menangis dan menangis. Beratnya ujian ini bagi aku. Parents aku kecewa tapi tetap mengukir senyuman untukku. Mak cakap “Takpa la , xde rezeki ada hikmah tu Allah nak bagi”. Aku cuba berfikir positif. Dan aku rasa bersalah dengan Allah kerana mempersoalkan segala ujian yang diberi.
Keinginan untuk sambung belajar semakin mendalam. Aku semakin mencemburui kawan-kawan aku yang dapat sambung belajar di menara gading. Aku nekad untuk sambung belajar walau apa pun terjadi. Aku cuba mencari maklumat mengenai kolej-kolej yang ada di Malaysia.
TIBA-TIBA mata aku ternampak sebuah tempat belajar mengenai penerbangan. Niat dihati ingin melihat saja website tempat tersebut, sebab aku tahu parents aku pasti x bagi. Selepas aku meneliti segala course dan fees, aku membuat keputusan untuk cuba apply . Aku pun terus apply tanpa memberitahu mak dan ayah aku. Selepas beberapa hari, aku ingin bagitahu parents aku yang aku nak masuk tempat penerbangan tu. Parents aku pun setuju memandangkan aku tiada tempat di Universiti awam.
Now, aku bukan menjadi pilot tapi aku belajar mengenai dunia penerbangan. Actually, banyak jer course yang related with aviation likes flight operation,safety and sebagainya..bukan setakat nak jadi pilot or stewardess jer. Alhamdulillah, berkat sabar dan dugaan aku terima selama ini, inilah Allah nak bagi sebenarnya.
Ya Allah Ya Karim….Engkau makbulkan doa hamba ketika hamba berumur 15 Tahun. Setelah pelbagai dugaan daripada SPM sehingga STPM aku menangis sebab nak jadi doktor. Rupanya Allah nak bagi pelangi yang indah yang aku impikan ketika berumur 15 tahun.
Kawan-kawan jangan pernah berputus asa untuk berdoa.
Percaya la setiap doa Allah pasti makbulkan, cuma cepat atau lambat. Keep positive.
– Aviator
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment