Tuesday, 19 December 2017

Saya dan Depression

PengakuanKu

Saya merupakan seorang pelajar berumur awal 20-an yang sedang menuntut di sebuah universiti tempatan di selatan tanah air. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang agak senang dan sentiasa dilimpahi oleh kasih sayang yang tak terhingga dari kedua ibu bapa saya. Saya juga amat rapat dengan adik beradik saya dan saudara mara saya. Di universiti, saya mempunyai ramai kawan yang baik dan sentiasa menghiburkan hati. Saya currently not in any relationship so that is one less problem. Pendek kata, kehidupan saya setakat ni sangat perfect. Saya sentiasa dapat apa yang saya nak, tidak pernah mengalami masalah kewangan, keluarga, kawan atau relationship. Keputusan exam saya juga sentiasa okay walaupun kadangkala saya agak stress dengan study, tapi saya rasa, normal lah tu, adat belajar.

Tapi, saya sentiasa rasa sedih. Jarang sangat rasa happy. Saya tak tahu dari mana atau apa puncanya. Kadang-kadang macam takda sebab, rasa nak menangis. Saya rasa hidup ni macam kosong dan pointless. Mula-mula rasa mungkin ni masalah hati or masalah iman, jadi saya cuba dekatkan diri lagi dengan tuhan, perbanyakkan solat sunat & baca Al-Quran, but this feeling remain still. Dari mula-mula rasa kosong dan sedih ni, lama-lama jadi stress pulak sebab tak faham dengan diri sendiri. Saya takut sangat saya tergolong dalam orang yang tak bersyukur, jadi saya cuba bersyukur with everything yang saya ada. Tapi, masih tidak dapat bantu hilangkan perasaan ni. Susah sangat nak gambarkan tentang apa yang saya rasa. Kawan-kawan selalu cemburu sebab mereka cakap hidup saya lengkap dan serba ada, tapi tak tahu kenapa saya tak boleh rasa macam tu.

Saya juga pernah cuba untuk bunuh diri disebabkan perkara yang saya sendiri tak boleh nak justify kenapa. Macam tiba-tiba terasa macam tu. Bila teringat balik, rasa hairan, pelik dan tak faham sebab apa saya boleh terfikir sampai macamtu. One day masa tengah jalan-jalan di pasaraya saya ternampak tali. Lepastu terus ter-fantasize about hanging myself to death – for no reason at all. The feelings was just there. Dan tanpa saya sedar, saya dah pun terbeli tali tu dan bawa balik ke rumah sewa. Waktu tu saya rasa macam this is such a silly things dan rasa terrified sikit sebenarnya sebab saya tak sangka saya boleh terfikir sampai macam tu. So tali tu saya simpan saja di dalam locker and kind of let it go.

But it wasn’t until a month later when I suddenly remember about this tali. Pada hari tersebut, roomate saya semua pulang ke kampung so tinggal saya seorang. Masa duduk sorang-sorang, baring-baring atas katil, tiba-tiba rasa sedih dan rasa nak nangis. Saya rasa macam sangat kosong and sangat lonely. And suddenly it hits me. Saya ada ramai kawan yang baik, tapi takda sorang pun yang saya boleh anggap as kawan baik. Ya saya juga ada keluarga yang sangat penyayang dan prihatin, tapi saya ni macam takda guna so do they feel the same way about me? Saya tak ada orang yang sentiasa rajin dengar cerita mengenai saya. Saya penat asyik menjadi listener to other people’s problem when I have nobody that are willing to hear me out. Dan dalam tengah fikir mengenai benda-benda ni, unconsciously saya sebenarnya dah ikat tali tu di frame katil double decker di bilik saya, dan ready to put that rope around my neck and jump. Tapi bila tali tu sentuh leher saya, tiba-tiba saya terbayang muka ibu saya dan terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata ustazah saya masa sekolah agama yang orang bunuh diri ni bila dah mati, terus masuk neraka tanpa dihisab. At that very moment, terus gain conscious dan cepat-cepat saya basuh muka dan istighfar. Saya rasa kalau bukan disebabkan ibu bapa saya dan jugak sedikit ajaran agama masa kecil tu, mungkin sekarang ni saya dah tak hidup lagi di dunia ni.

Episod cubaan saya bunuh diri ni tak pernah saya ceritakan kepada sesiapa sebab saya takut sangat samada saya ni akan membebankan orang lain dengan problem saya atau orang tak akan faham dengan saya. Tapi saya sentiasa teringat-ingat akan peristiwa ini. Bila saya teringat, saya akan rasa macam panic attack dan terfikir, maybe I should’ve done it anyway so I dont have to suffer this way anymore. Saya tak faham dengan diri saya dan saya tak faham kenapa saya kena berperasaan macam ni. Saya tak lah selalu rasa sedih, tapi bila perasaan sedih tu datang, dia datang secara tiba-tiba dan tanpa sebab. Saya faham ini mungkin one of mental health issue, tapi saya tak tahu apa yang patut saya buat. Kalau saya patut berjumpa psychiatrist, apa yang saya patut lakukan dan bagaimana? Kalau saya ke hospital, apa yang patut saya cakap bila di kaunter sirkulasi? Kalau saya telefon suicide hotline seperti befrienders, apa yang patut saya cakap? Kalau ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan saya tahu mengenai saya, apa yang mereka akan fikir? Bila fikir pasal benda ni saja, saya jadi bertambah stress dan sedih sebab i feel like i really want to change, i really want to feel alive, i really want to help myself, but i dont know how….and maybe juga i am afraid of seeking for help. Entahlah, susah nak gambarkan perasaan ni. Tujuan saya tulis confession ini mungkin saya rasa ni boleh jadi one of my way to let everything, or at least some of it out. Mungkinlah. Tapi buat masa ni, saya hanya mahu rasa gembira..

– Fi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.